Antarabangsa
Somalia di ambang kebuluran teruk – PBB
Somalia diancam kebuluran teruk susulan kemarau yang mengorbankan kira-kira 43,000 rakyatnya tahun lalu.

- Somalia diancam kebuluran teruk susulan kemarau mengorbankan kira-kira 43,000 rakyatnya tahun lalu.
- Mereka memerlukan bantuan segera memandangkan hanya 15 peratus keperluan bantuan negara untuk tahun ini, dipenuhi.
- Kemarau selepas lima musim hujan berturut-turut yang gagal menyebabkan 1.4 juta rakyat Somalia kehilangan tempat tinggal.
- Kemarau selepas lima musim hujan berturut-turut yang gagal, menyebabkan 1.4 juta rakyat Somalia kehilangan tempat tinggal di mana 80 peratus daripada jumlah itu ialah kanak-kanak dan wanita.
- Menurut Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), kebuluran berjaya dielakkan buat sementara waktu, namun memberi amaran keadaan akan memburuk.
Somalia diancam kebuluran teruk susulan kemarau yang mengorbankan kira-kira 43,000 rakyatnya tahun lalu.
Memetik laporan National Post, hampir separuh dari 8.3 juta rakyat negara itu kini memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
Menurut Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, hanya 15 peratus daripada $2.6 bilion (RM12,010,700,000) keperluan bantuan negara untuk tahun ini, dipenuhi.
“Apabila kebuluran melonjak, ini sama sekali tidak boleh diterima,” kata Guterres.
“Adalah tidak wajar bagi rakyat Somalia yang hampir tidak melakukan apa-apa untuk mencipta krisis iklim untuk mengalami kesan yang dahsyat”.
Kemarau selepas lima musim hujan berturut-turut yang gagal, menyebabkan 1.4 juta rakyat Somalia kehilangan tempat tinggal di mana 80 peratus daripada jumlah itu ialah kanak-kanak dan wanita.
Menurut Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), kebuluran berjaya dielakkan buat sementara waktu, namun memberi amaran keadaan akan memburuk.
IPC merupakan badan yang menetapkan piawaian global untuk menentukan tahap keterukan krisis makanan.
Islam mensyariatkan ibadah korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik bagi memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat.
Perkara itu jelas melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang berhak menerimanya, khususnya fakir miskin dan yang memerlukan.
Selain itu, ibadah korban juga bertujuan untuk mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah SWT.
Bersempena Aidiladha hujung bulan ini, Mercy Mission Malaysia bekerjasama dengan Imam Development Program (IDP) membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyertai Program MyQurban 2023 di Benua Afrika.
Ibadah itu akan dilakukan di lapan negara Afrika dengan hanya RM500 bagi seekor kambing dan tempahan korban boleh dibuat melalui pautan MyQurban – The Merdeka Times
Sumber: National Post
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS