Connect with us

Antarabangsa

Sekolah awam berbahaya, cuci otak anak muda – Sarjana Islam Amerika

Lebih baik hantar anak ke sekolah swasta yang konservatif berbanding sekolah awam, demikian saranan Sarjana Islam dari Amerika Syarikat (AS), Shaykh Hamza Yusuf.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Sekolah awam berbahaya, cuci otak anak muda – Sarjana Islam Amerika
Foto: Sarjana Islam dari Amerika Syarikat (AS), Shaykh Hamza Yusuf.

Lebih baik hantar anak ke sekolah swasta yang konservatif berbanding sekolah awam, demikian saranan Sarjana Islam dari Amerika Syarikat (AS), Shaykh Hamza Yusuf.

Menurutnya, kebimbangan terbesarnya ialah apabila ada agenda yang cuba untuk disuntik ke dalam minda anak-anak, terutamanya agenda transhumanisme, di negara-negara Barat.

Secara ringkasnya, transhumanisme merujuk kepada idea bahawa keupayaan manusia itu dapat diubah menggunakan teknologi.

“Melainkan sekolah swasta yang sangat konservatif, saya tidak akan menghantar anak-anak ke sekolah awam kerana budaya sekarang, mereka mencuci otak anak-anak muda ini.

“Terdapat agenda, agenda yang dibiayai dengan baik, transhumanisme adalah sebahagian daripadanya,” katanya.

Sarjana Islam itu berkata demikian dalam satu sesi perkongsian secara langsung berjudul “Ramadan Book Club Session 1 – The Qur’an: A New Translation” di Youtube rasmi Zaytuna College pada Ramadan lalu.

Beliau yang bernasib baik kerana menerima pendidikan di sekolah menengah Katolik itu menyifatkan sekolah zaman sekarang terlalu berbahaya.

“Orang jadi gila, masyarakat jadi gila. Kami berada dalam tempoh kegilaan sosial, dan mereka menular dalam sosial. Anak-anak kecil ini menjadi mangsa,” katanya.

Shaykh Hamza Yusuf ialah pensyarah berbangsa Amerika pertama yang mengajar di universiti berprestij dan tertua di Maghribi, iaitu Universiti Al-Karaouine di Fes.

Kini beliau juga salah seorang pengasas Zaytuna College yang terletak di California AS. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube Zaytuna College

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *