Connect with us

Terkini

Satu daripada empat calon SPM 2022 gagal Matematik, Malaysia akan kembali ke ‘Zaman Batu’

Golongan profesional bimbang dengan masa depan negara apabila satu per empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 gagal dalam subjek Matematik.

Hidayah Sani

Published

on

Satu daripada empat calon SPM 2022 gagal Matematik, Malaysia akan kembali ke ‘Zaman Batu’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ini susulan keputusan SPM 2022 menunjukkan 24 peratus atau seorang daripada empat calon gagal dalam mata pelajaran terbabit, manakala 29 peratus lagi mendapat gred D dan E.
  • Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata masa depan Malaysia amat bergantung kepada remaja hari ini bagaimanapun perkembangan kelompok tersebut membangkitkan kerisauan.
  • Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook (FB), dan turut memuat naik tangkap layar dua laporan menyatakan; ‘Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-Kanak dan Remaja 2022 Hanya Dapat gred D tolak (D-)’ dan, ‘Seorang Bagi Setiap 4 Pelajar Gagal Matematik SPM 2022’.
  • Mengulas isu sama, Profesor Dr Shahidan Radiman berkata Malaysia berkemungkinan akan kembali ke ‘zaman batu’.
  • Ini kerana ketika laporan menyatakan satu daripada empat pelajar yang mengambil subjek Matematik gagal dalam SPM 2022, ada pihak masih bersikap tenang (relaks).
  • Ironinya, apabila pasukan bola sepak negara bawah 17 tahun gagal ke Piala Asia ‘panic button’ ditekan.
  • Saintis bidang tenaga dan kelestarian iklim, Dr Amir Faizal Abdul Manan berkata situasi ini sangat menggusarkan kerana Malaysia berkemungkinan berhadapan generasi tidak celik matematik.

KUALA LUMPUR — Golongan profesional bimbang dengan masa depan negara apabila satu per empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 gagal dalam subjek Matematik.

Ini susulan keputusan SPM 2022 menunjukkan 24 peratus atau seorang daripada empat calon gagal dalam mata pelajaran terbabit, manakala 29 peratus lagi mendapat gred D dan E.

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata masa depan Malaysia amat bergantung kepada remaja hari ini bagaimanapun perkembangan kelompok tersebut membangkitkan kerisauan.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook (FB), dan turut memuat naik tangkap layar dua laporan menyatakan; ‘Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-Kanak dan Remaja 2022 Hanya Dapat gred D tolak (D-)’ dan, ‘Seorang Bagi Setiap 4 Pelajar Gagal Matematik SPM 2022’.

“Semakin risau dengan kedua-dua status kekuatan fizikal dan mental ini. Mari kita bertindak bersama membina tunjang masa depan negara,” katanya.

Mengulas isu sama, Profesor Dr Shahidan Radiman berkata Malaysia berkemungkinan akan kembali ke ‘zaman batu’.

Ini berikutan, ketika laporan menyatakan satu daripada empat pelajar yang mengambil subjek Matematik gagal dalam SPM 2022, ada pihak masih bersikap tenang.

Advertisement

Ironinya, apabila pasukan bola sepak negara bawah 17 tahun gagal ke Piala Asia ‘panic button’ ditekan.

“Dalam zaman teknologi yang bergantung kepada fizik kuantum, penerokaan angkasa lepas dengan Teori Kerelatifan Einstein dan tenaga masa depan kepada fizik nuklear kita mungkin berbalik ke “Zaman Batu” berbanding negara lain.

“Tidak payah cerita tentang generasi saintis, jurutera, pakar komputer dan lain-lain lagi…biarlah ramai jadi TikToker, influencer …..dan politikus,” katanya.

Saintis bidang tenaga dan kelestarian iklim, Dr Amir Faizal Abdul Manan berkata situasi ini sangat menggusarkan kerana Malaysia berkemungkinan berhadapan generasi tidak celik matematik.

Beliau mendakwa bagaimanapun kadar kegagalan mata pelajaran Matematik yang tinggi bukan sesuatu mengejutkan bagi Kementerian Pendidikan (KPM), berdasarkan laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dijalankan setiap empat tahun, membabitkan pelajar Tingkatan Dua.

Kajian TIMSS pada 2019, menunjukkan 26 peratus pelajar gagal mencapai standard asas yang diperlukan untuk celik matematik.

Advertisement

“Kini, tiga tahun kemudian, kita melihat hasil yang sama dalam keputusan SPM 2022. Kebetulan? Mungkin ya atau mungkin tidak. Saya tidak tahu.

“Jika kita melihat prestasi SPM2022 pada soalan sasaran KBAT, dilaporkan lebih separuh daripada murid mendapat markah rendah dalam keupayaan mengaplikasikan pengetahuan diperolehi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Situasi itu dilihat sebagai satu masalah besar kerana ia membawa maksud pelajar tidak mempunyai pemahaman praktikal mengenai ilmu yang diperolehi mereka.

Foto: Tangkap Layar FB Amir Faizal Abdul Manan.

Beliau turut mendakwa, KPM seolah-olah menafikan kelemahan yang dikesan dengan hanya menonjolkan kebaikan, berbanding jujur dan telus mengenai kualiti sistem pendidikan semasa negara di sebalik pengumuman keputusan dibuat.

“Sebenarnya, seluruh negara berisiko berdepan krisis. Saya tidak bersikap melodramatik di sini. Cara paling pasti untuk memusnahkan sesebuah negara adalah dengan merosakkan sistem pendidikannya.

“Kita perlu benar-benar keluar daripada situasi ini sebelum terlambat,” katanya. — The Merdeka Times 

Sumber : FB Noor Azlan Ghazali, Amir Faizal Abdul Manan & Shahidan Radiman

Advertisement

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending