Connect with us

Antarabangsa

Ruang udara Sudan kekal ditutup hingga 30 Jun

Ruang udara di Sudan masih ditutup susulan pertempuran hebat antara Tentera Darat dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) masih berterusan.

Wartawan TMT

Published

on

Ruang udara Sudan kekal ditutup hingga 30 Jun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ruang udara di Sudan masih ditutup susulan pertempuran hebat antara Tentera Darat dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) masih berterusan.
  • Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata, ruang udara Sudan akan kekal ditutup kepada semua penerbangan sehingga 30 Jun.
  • Bagaimanapun, penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan akan dikecuali daripada penutupan tersebut.
  • Sepanjang pertempuran itu, tentera telah melakukan serangan udara terhadap RSF, yang kebanyakannya bertindak balas dengan tembakan antipesawat.

KHARTOUM – Ruang udara di Sudan masih ditutup susulan pertempuran hebat antara Tentera Darat dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) masih berterusan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata, ruang udara Sudan akan kekal ditutup kepada semua penerbangan sehingga 30 Jun.

Bagaimanapun, penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan akan dikecuali daripada penutupan tersebut.

Meskipun gencatan senjata dilakukan selama 24 jam kelmarin, namun pertempuran masih berlaku dan sekurang-kurangnya 11 orang awam terkorban di dua lokasi tembakan artileri di selatan Khartoum manakala enam lagi di timur negara itu.

Sejak pertempuran kedua-dua pihak tercetus pertengahan April lalu, lebih 1,000 orang awam terkorban dan ribuan yang lain cedera.

Malah, sepanjang pertempuran itu, tentera telah melakukan serangan udara terhadap RSF, yang kebanyakannya bertindak balas dengan tembakan antipesawat.

Sementara itu, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) menjangkakan lebih 2.2 juta rakyat akan kehilangan tempat tinggal susulan konflik melanda negara itu.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending