Connect with us

Antarabangsa

Rejim haram Israel mengganas tembak mati penduduk Palestin

Rejim penjajah Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim haram Israel mengganas tembak mati penduduk Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim penjajah Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, Jumaat lalu.
  • Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengesahkan, Mehdi Bayadsa, 29, maut terkena peluru dari pendudukan haram berhampiran pusat pemeriksaan tentera Rantis, barat Ramallah.
  • Tentera mendakwa, askar ‘meneutralkan’ seorang penduduk Palestin yang tiba berhampiran persimpangan antara Tebing Barat dan Israel dengan kenderaan yang dicuri.
  • “Ketika askar IDF (tentera Israel) memeriksa kenderaannya, suspek menyerang seorang anggota kami dan cuba mencuri senjatanya.
  • “Susulan konfrontasi itu, seorang lagi askar di kawasan itu menembak secara langsung ke arah suspek dan meneutralkannya,” katanya.

RAMALLAH, 21 Zulkaedah 1444H, Sabtu – Rejim penjajah Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, Jumaat lalu.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengesahkan, Mehdi Bayadsa, 29, maut terkena peluru dari pendudukan haram berhampiran pusat pemeriksaan tentera Rantis, barat Ramallah.

Tentera mendakwa, askar ‘meneutralkan’ seorang penduduk Palestin yang tiba berhampiran persimpangan antara Tebing Barat dan Israel dengan kenderaan yang dicuri.

“Ketika askar IDF (tentera Israel) memeriksa kenderaannya, suspek menyerang seorang anggota kami dan cuba mencuri senjatanya.

“Susulan konfrontasi itu, seorang lagi askar di kawasan itu menembak secara langsung ke arah suspek dan meneutralkannya,” katanya.

Katanya lagi, seorang anggota tentera cedera ringan telah dibawa ke hospital dan insiden itu sedang disiasat.

Hampir tiga juta rakyat Palestin tinggal di Tebing Barat – yang telah diduduki Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

Kira-kira 490,000 warga Israel tinggal di wilayah yang diduduki di penempatan yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Menurut pengiraan AFP, sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 157 rakyat Palestin, 21 warga Israel, seorang warga Ukraine dan seorang warga Itali terkorban dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending