Connect with us

Antarabangsa

Ratusan hadiri pengebumian budak Palestin ditembak mati tentera Israel

Beratus-ratus rakyat Palestin berhimpun di sini, semalam untuk menghadiri pengebumian seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, minggu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Ratusan hadiri pengebumian budak Palestin ditembak mati tentera Israel
Foto: Marwa al-Tamimi (tengah), ibu kanak-kanak ditembak mati tentera Israel, minggu lalu, memeluk jenazah anaknya itu sebelum dikebumikan.
  • Beratus-ratus rakyat Palestin berhimpun menghadiri pengebumian seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat, minggu lalu.
  • Mohammed al-Tamimi meninggal dunia di hospital Israel, selepas tentera menembak kanak-kanak itu dan bapanya pada Khamis malam, berhampiran bandar Ramallah.
  • Askar Israel berdiri di lokasi acara pengebumian bagi menghalang pintu masuk utama ke sini, berhampiran insiden tembakan berkenaan.

NABI SALEH, Palestin: Beratus-ratus rakyat Palestin berhimpun di sini, semalam untuk menghadiri pengebumian seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, minggu lalu.

Mohammed al-Tamimi meninggal dunia di hospital Israel isnin lepas, selepas tentera menembak kanak-kanak itu dan bapanya pada Khamis malam di sini, berhampiran bandar Ramallah.

Ibu Tamimi, Marwa al-Tamimi, 32, menangis sambil memeluk erat anaknya buat kali terakhir. Jenazah dibalut kain hitam putih, dipanggil keffiyeh yang juga selendang tradisional Palestin.

Askar Israel berdiri di lokasi acara pengebumian bagi menghalang pintu masuk utama ke sini, berhampiran insiden tembakan berkenaan.

Marwa memberitahu AFP, tentera melepaskan tembakan ke arah suaminya, Haitham, yang turut tercedera, ketika dia berada di dalam kereta bersama anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun.

Katanya, dia bertindak keluar untuk mengalihkan keretanya kerana bimbang ia akan dirosakkan oleh tentera Israel sekitarnya.

“Suami menghidupkan kereta dan anak saya berada di sebelahnya. Tembakan dilepaskan ke arahnya apabila dia menghidupkan lampu kereta.

“Askar Israel) menembak ke arah mereka berdua untuk seketika, dan mereka tidak dapat keluar dari kereta… jadi saya bersembunyi di dalam rumah,” katanya.

Anak lelakinya dipindahkan ke Hospital Sheba di Israel, di mana dia “meninggal dunia… walaupun usaha gigih dilakukan pasukan perubatan,”

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hospital semalam, kanak-kanak malang itu dipindahkan ke Hospital Sheba sebelum dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, tentera Israel semalam berkata, mereka ‘bertindak balas terhadap tembakan langsung’ berikutan serangan ke atas penempatan berhampiran Neveh Tzuf.

Tentera Israel turut memaklumkan dua rakyat Palestin cedera dan mereka kesal kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang awam. Siasatan lanjut mengenai insiden itu sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Marwa berkata, dia tidak menaruh kepercayaan terhadap siasatan dijalankan tentera Israel.

“Saya mahu perbicaraan antarabangsa. Cukup-cukuplah. Setiap kali kita mendengar anak Palestin mati syahid, seluruh keluarga syahid,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending