Terkini
Rasionalisasi subsidi mungkin jejas pertumbuhan KDNK Malaysia – Ahli Ekonomi
Penghapusan subsidi boleh menjejaskan pertumbuhan jangka pendek Malaysia dan merumitkan proses penambaikan gaji ketika paras harga kekal tinggi, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) Firdaos Rosli.

- Penghapusan subsidi boleh menjejajskan pertumbuhan jangka pendek Malaysia dan merumitkan proses penambaikan gaji ketika paras harga kekal tinggi, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) Firdaos Rosli.
- Ahli Ekonomi itu berkata ia adalah tidak sesuai untuk melakukan rasionalisasi subsidi terutamanya ketika negara masih dalam proses pemulihan daripada era pandemik.
- “Kita memerlukan subsidi buat masa ini supaya orang ramai berbelanja yang sepatutnya berlaku dalam era pasca pandemik,” katanya pada sidang media mengenai keputusan kewangan suku pertama Bank Islam, hari ini.
- Firdaos berkata naratif ekonomi Madani (NEM) oleh kerajaan yang akan dilancarkan pada Ogos depan, perlu memberi tumpuan kepada strategi meningkatkan pertumbuhan, justeru anjakan paradigma daripada rangka kerja sedia ada diperlukan.
KUALA LUMPUR — Penghapusan subsidi boleh menjejaskan pertumbuhan jangka pendek Malaysia dan merumitkan proses penambaikan gaji ketika paras harga kekal tinggi, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) Firdaos Rosli.
Ahli Ekonomi itu berkata ia adalah tidak sesuai untuk melakukan rasionalisasi subsidi terutamanya ketika negara masih dalam proses pemulihan daripada era pandemik.
“Kita memerlukan subsidi buat masa ini supaya orang ramai berbelanja yang sepatutnya berlaku dalam era pasca pandemik,” katanya pada sidang media mengenai keputusan kewangan suku pertama Bank Islam, hari ini.
Firdaos berkata naratif ekonomi Madani (NEM) oleh kerajaan yang akan dilancarkan pada Ogos depan, perlu memberi tumpuan kepada strategi meningkatkan pertumbuhan, justeru anjakan paradigma daripada rangka kerja sedia ada diperlukan.
Beliau berkata ia kerana kaedah pendapatan boleh guna semasa digunakan untuk pemberian subsidi mungkin hanya menyukarkan penggubalan dasar dan bukannya memudahkannya.
“Adalah lebih baik untuk memberi tumpuan dalam menambah baik hasil cukai serta memastikan pertumbuhan jangka pendek kekal kukuh. Seperti yang saya nyatakan walaupun tanpa kerajaan melakukan apa-apa, jumlah perbelanjaan subsidi akan turun secara semula jadi pada tahun ini kerana harga minyak global sekarang lebih rendah berbanding tahun lepas,” katanya.
Firdaos berkata NEM harus melengkapkan penentukuran semula Rancangan Malaysia ke-12 memandangkan semakan separuh penggal akan diumumkan tidak lama lagi.
“Malaysia tidak mempunyai pakej rangsangan fiskal yang cukup tinggi untuk berkembang selepas pandemik. Justeru, bagaimana kita akan mengganti semula pengeluaran RM145 bilion Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dividen semasa COVID-19 dulu,” katanya.
Beliau berkata kerajaan harus menyediakan naratif ekonomi yang betul untuk pertumbuhan jangka terdekat bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan mengukuhkan ringgit.
Menurutnya, ringgit dijangka ditutup pada RM4.28 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini berdasarkan trend pertumbuhan ekonomi. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN