Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Palestin semakin terancam jika semakan badan kehakiman Israel dilaksana

Cadangan membaik pulih sistem kehakiman kerajaan Israel akan menimbulkan ancaman kepada rakyat Palestin, kata sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Palestin semakin terancam jika semakan badan kehakiman Israel dilaksana
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cadangan baik pulih sistem kehakiman kerajaan Israel akan menimbulkan ancaman kepada rakyat Palestin kata sebuah badan bebas ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • Cadangan itu akan mengekang beberapa kuasa Mahkamah Agung dan meningkatkan kawalan kerajaan ke atas pelantikan kehakiman mencetuskan protes yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Israel.
  • Dalam laporan setebal 56 muka surat, suruhanjaya itu berkata, undang-undang dicadangkan boleh meningkatkan cukai badan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin dan mengehadkan keupayaan mereka mendokumentasikan aktiviti tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.
  • “Pakar undang-undang telah memberi amaran bahawa ia berisiko melemahkan perlindungan hak asasi manusia, terutamanya bagi masyarakat yang paling terdedah dan tidak disenangi, termasuk warga Palestin,” – badan bebas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

GENEVA, 20 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Cadangan membaik pulih sistem kehakiman kerajaan Israel akan menimbulkan ancaman kepada rakyat Palestin, kata sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Cadangan itu yang akan mengekang beberapa kuasa Mahkamah Agung dan meningkatkan kawalan kerajaan ke atas pelantikan kehakiman telah mencetuskan protes yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Israel.

Dalam laporan setebal 56 muka surat, suruhanjaya itu berkata, undang-undang yang dicadangkan boleh meningkatkan cukai badan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin dan mengehadkan keupayaan mereka untuk mendokumentasikan aktiviti tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Cadangan lain oleh anggota pakatan ekstrem Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akan melucutkan kerakyatan minoriti Arab-Israel dan membolehkan mereka dihantar pulang sekiranya melakukan keganasan pro-Palestin, kata laporan itu.

“Perubahan yang dicadangkan itu akan merungkai ciri asas pengasingan kuasa dan semak dan imbang yang penting dalam sistem politik demokrasi.

“Pakar undang-undang telah memberi amaran bahawa ia berisiko melemahkan perlindungan hak asasi manusia, terutamanya bagi masyarakat yang paling terdedah dan tidak disenangi, termasuk warga Palestin,” katanya.

Selain itu, suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 2021 mendapati Israel semakin menyekat hak penyokong ‘melalui gangguan, ancaman, penangkapan, soal siasat, penahanan sewenang-wenangnya, penyeksaan dan layanan yang tidak berperikemanusiaan serta merendahkan maruah.’

Advertisement

Suruhanjaya itu yang menjalankan kira-kira 130 temu bual juga mendapati pihak berkuasa di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki telah menyasarkan aktivis hak asasi rakyat Palestin.

“Penangkapan dan penahanan aktivis Palestin oleh kedua-dua pihak berkuasa Israel dan Palestin telah diperhatikan sebagai realiti yang amat keras bagi kebanyakan aktivis Palestin,” kata laporan itu.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending