Antarabangsa
Profesor dipecat kerana ajar jantina ditentukan kromosom X dan Y di Texas, AS
Sebuah kolej komuniti di Texas, Amerika Syarikat (AS) memecat seorang profesor biologi kerana mengajar para pelajar bahawa jantina ditentukan oleh kromosom X dan Y, demikian lapor Fox News.

- Kolej St. Philip di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat (AS) memecat seorang profesor kerana mengajar para pelajar yang jantina ditentukan oleh kromosom X dan Y.
- Profesor itu, Dr. Johnson Varkey dipecat pada Januari lalu selepas lebih 22 tahun mengajar Anatomi dan Fisiologi Manusia di kolej itu.
- Aduan terhadap Dr. Varkey menyebut yang dia terlibat dalam “dakwah agama, komen diskriminasi tentang homoseksual dan individu transgender, retorik anti-pengguguran dan gurauan misoginis”.
- Dr. Varkey juga dikatakan “melampaui batas kebebasan akademik dengan pendapat peribadinya yang menyinggung perasaan ramai individu di dalam dewan kuliah”.
Sebuah kolej komuniti di Texas, Amerika Syarikat (AS) memecat seorang profesor biologi kerana mengajar para pelajar bahawa jantina ditentukan oleh kromosom X dan Y, demikian lapor Fox News.
Profesor itu, Dr. Johnson Varkey dipecat pada Januari lalu dari Kolej St. Philip di San Antonio.
Susulan itu, sebuah firma guaman yang mempertahankan kebebasan beragama untuk rakyat Amerika, First Liberty Institute menghantar surat kepada kolej itu bagi pihak Dr. Varkey, menuntut jawatannya dikembalikan.
“Ketika mengajar sistem pembiakan manusia, Dr. Varkey juga menyatakan bahawa jantina manusia ditentukan oleh kromosom X dan Y, dan pembiakan mesti berlaku antara lelaki dan perempuan untuk meneruskan spesies manusia,” kata First Liberty menerusi surat itu.
“Semasa mengajar Anatomi dan Fisiologi Manusia, dia membuat kenyataan ini dalam setiap kelas selama 20 tahun, tanpa sebarang insiden atau aduan.”
Pada 28 November 2022, empat pelajar bertindak meninggalkan kuliah ketika Dr. Varkey menyebut yang jantina ditentukan oleh kromosom X dan Y.
Aduan terhadap Dr. Varkey menyebut yang dia terlibat dalam “dakwah agama, komen diskriminasi tentang homoseksual dan individu transgender, retorik anti-pengguguran dan gurauan misoginis”.
Selain itu, Dr Varkey juga dikatakan “melampaui batas kebebasan akademik dengan pendapat peribadinya yang menyinggung perasaan ramai individu di dalam dewan kuliah,” demikian menurut surat tersebut.
Walaupun Dr. Varkey mengajar dari sukatan pelajaran yang diluluskan kolej dan berasaskan sains, Kolej St. Philip tetap mendakwa pengajarannya itu berunsur keagamaan.
Dalam hujah First Liberty, pihaknya menekankan yang Dr. Varkey tidak pernah membincangkan pandangan peribadinya mengenai agama, jantina atau seksualiti manusia dengan mana-mana pelajarnya.
Sebaliknya, pengajarannya hanya berlandaskan pendidikan, pengalaman dalam bidangnya.
Untuk rekod, Dr. Varkey merupakan profesor tambahan yang mengajar Anatomi dan Fisiologi Manusia di Kolej St. Philip kepada lebih 1,500 pelajar selama 22 tahun.
Menurut First Liberty, tindakan kolej itu ialah satu bentuk diskriminasi yang menyalahi undang-undang pekerjaan di bawah Pindaan Pertama dan Tajuk VII Akta Hak Sivil 1964.
“Adalah tidak masuk akal yang selepas mengajar selama lebih daripada 20 tahun, St. Philips memecat Dr. Varkey kerana mengajar asas biologi yang diterima secara meluas,” kata Keisha Russell selaku Peguam First Liberty Institute dalam satu kenyataan.
“Dr. Varkey mempunyai rekod prestasi yang dicontohi selama 20 tahun, mengajar berasaskan fakta, sains yang diterima secara meluas. Tetapi sekarang elit budaya berselisih dengan idea-idea ini, kolej tidak lagi menyokong profesor yang mengajar mereka.
“Kolej itu melanggar hak perlembagaan dan undang-undang Dr. Varkey apabila ia memecatnya, dan mereka mesti mengembalikannya dengan segera”.
Sumber: Fox News
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas