Connect with us

Terkini

PRN : Sedia kalah demi ‘pelaburan’ jangka masa panjang – Syed Saddiq

Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertanding solo Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri adalah untuk bertindak sebagai medium semak dan imbang di dalam kerajaan sedia ada.

Wartawan TMT

Published

on

PRN : Sedia kalah demi 'pelaburan' jangka masa panjang - Syed Saddiq
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertanding solo Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri adalah untuk bertindak sebagai medium semak dan imbang di dalam kerajaan sedia ada.
  • Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ketika ini kerajaan terbelah kepada dua blok parti politik yang agak besar dan dilihat bersifat ‘toksik’.
  • Katanya, strategi MUDA dalam PRN kali ini ialah memastikan peruntukan diberi sama rata tidak kira kawasan itu dimiliki pembangkang, fokus kepada isu rakyat, tiada lantikan politik berleluasa dan tiada pemusatan kuasa.
  • “Bagaimanapun saya akui, bukan mudah untuk sebuah parti baharu untuk menang, namun bersedia kalah demi ‘pelaburan’ jangka masa panjang.” – Syed Saddiq 
  • Semalam, MUDA mengesahkan untuk menyertai PRN secara solo demi membawa suara rakyat dan memperkenalkan politik baru yang menjauhi amalan lapuk.

KUALA LUMPUR: Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bertanding solo Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri adalah untuk bertindak sebagai medium semak dan imbang di dalam kerajaan sedia ada.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata ketika ini kerajaan terbelah kepada dua blok parti politik yang agak besar dan dilihat bersifat ‘toksik’.

Katanya, rata-rata rakyat pula melihat prinsip perjuangan kerajaan berubah, tidak seperti dahulu yang mana semuanya tidak seperti apa yang diperkatakan dahulu.

“Justeru MUDA perlu fokus kepada idealisme asal untuk menyatukan dan memperjuangkan rakyat serta memberi keadilan kepada semua walaupun berada di pihak pembangkang.

“Tidak adil untuk kerajaan menghukum rakyat yang tidak mengundi mereka dengan anak tirikannya.

“Sebab itu, dari dulu sampai sekarang, MUDA amat konsisten dengan perjuangannya dan tidak pernah bersikap ‘u-turn’ sama sekali,” katanya ketika sesi Town Hall dalam talian pertama Parti MUDA, semalam.

Semalam, MUDA mengesahkan untuk menyertai PRN secara solo demi membawa suara rakyat dan memperkenalkan politik baru yang menjauhi amalan lapuk.

Advertisement

Keputusan itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, BERSATU dan GERAKAN.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, untuk strategi MUDA dalam PRN kali ini ialah memastikan peruntukan diberi sama rata tidak kira kawasan itu dimiliki pembangkang, fokus kepada isu rakyat, tiada lantikan politik berleluasa dan tiada pemusatan kuasa.

“Sampai bila kita nak tengok politik yang berpecah belah kerana akhirnya ia tidak akan menjadikan negara itu maju.

“Bagaimanapun saya akui, bukan mudah untuk sebuah parti baharu untuk menang, namun bersedia kalah demi ‘pelaburan’ jangka masa panjang.

“Rakyat adalah pemegang taruh terbesar dalam negara dan mereka akan lihat untuk tentukan.

“MUDA perlu ukur baju kerana dalam menyertai pesta demokrasi ini, kita realistik. Jika kalah, kita belajar kerana untuk berjaya ia akan mengambil masa yang lama,” katanya.

Advertisement

Sumber: Berita Harian 

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending