Connect with us

Antarabangsa

‘Pride Week’ di sekolah, Persatuan Islam NZ hantar ‘urgent advisory’ buat ibu bapa

Persatuan Islam utama di New Zealand (NZ) menghantar ‘nasihat segera’ (urgent advisory) kepada ibu bapa Muslim mengambil berat tentang sekolah yang mengambil bahagian dalam Pride Week bulan ini.

Wartawan TMT

Published

on

'Pride Week' di sekolah, Persatuan Islam NZ hantar 'urgent advisory' buat ibu bapa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Islam utama di New Zealand (NZ) menghantar ‘nasihat segera’ (urgent advisory) kepada ibu bapa Muslim mengambil berat tentang sekolah yang mengambil bahagian dalam Pride Week bulan ini.
  • Menurut laporan Stuff, surat dihantar Persekutuan Persatuan-Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) pada Isnin lalu memaklumkan, mereka dihubungi ibu bapa dan pendidik yang prihatin mengenai minggu Pride Week.
  • “Kami mencadangkan ibu bapa dan penjaga menghubungi sekolah secara terus dan berkongsi kebimbangan anda dengan pengetua sekolah, lembaga sekolah dan guru kelas,” kata surat dari FIANZ.

Persatuan Islam utama di New Zealand (NZ) menghantar ‘nasihat segera’ (urgent advisory) kepada ibu bapa Muslim mengambil berat tentang sekolah yang mengambil bahagian dalam Pride Week bulan ini.

Pride Week adalah sambutan tahunan komuniti songsang LGBTQIA+ di majoriti negara barat.

Menurut laporan Stuff, surat dihantar Persekutuan Persatuan-Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) pada Isnin lalu memaklumkan, mereka dihubungi ibu bapa dan pendidik yang prihatin mengenai minggu Pride Week.

Menerusi surat itu, FIANZ berkata walaupun sekolah mempunyai pilihan mendaftar untuk acara Pride, namun ia bukanlah peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan New Zealand.

“Kami meminta semua ibu bapa Islam untuk mengambil bahagian secara aktif di sekolah di tempat anda dan menyatakan pandangan.

“Kami mencadangkan ibu bapa dan penjaga menghubungi sekolah secara terus dan berkongsi kebimbangan anda dengan pengetua sekolah, lembaga sekolah dan guru kelas.

“Jika sekolah anda memutuskan untuk menyertai Pride Week, kami melampirkan surat pilihan yang boleh anda hantar ke sekolah,” kata surat itu.

Schools’ Pride Week Aotearoa, dijadualkan disambut antara 12 dan 16 Jun itu, diketuai InsideOUT dan dibiayai Kementerian Pendidikan.

Sumber: Stuff

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending