Connect with us

Antarabangsa

Presiden China Xi Jinping kemuka tiga cadangan tangani isu Palestin

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap perkongsian strategik, ketika berunding di Dewan Besar Rakyat Beijing, pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden China Xi Jinping kemuka tiga cadangan tangani isu Palestin
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) dan Presiden China, Xi Jinping (kanan).
  • Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap perkongsian strategik, ketika berunding di Dewan Besar Rakyat Beijing, pada Rabu.
  • Xi berkata isu Palestin telah berlarutan selama lebih setengah abad dan membawa kesengsaraan teruk kepada rakyat negara itu.
  • Justeru, beliau mengemukakan tiga cadangan bagi menangani isu itu, antaranya pembinaan negara Palestin merdeka yang mempunyai kedaulatan penuh dengan berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada 1967 serta menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
  • Di samping itu, Xi mencadangkan agar keperluan kehidupan rakyat dan ekonomi Palestin perlu diberi jaminan.

BEIJING: Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap perkongsian strategik, ketika berunding di Dewan Besar Rakyat Beijing, pada Rabu.

Xi berkata isu Palestin telah berlarutan selama lebih setengah abad dan membawa kesengsaraan teruk kepada rakyat negara itu.

Justeru, beliau mengemukakan tiga cadangan bagi menangani isu itu, antaranya pembinaan negara Palestin merdeka yang mempunyai kedaulatan penuh dengan berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada 1967 serta menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Di samping itu, Xi mencadangkan agar keperluan kehidupan rakyat dan ekonomi Palestin perlu diberi jaminan.

Oleh itu, masyarakat antarabangsa seharusnya menggandakan sokongan pembangunan dan bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

Yang terakhir, beliau meminta supaya rundingan damai terus dipertahankan.

“Masyarakat antarabangsa perlu menghormati status Baitulmaqdis sebagai tempat suci agama dalam sejarah, mengelakkan kenyataan dan tindakan melampau dan bersifat provokasi, mengadakan persidangan kedamaian antarabangsa yang berskala lebih besar, berwibawa dan berpengaruh supaya dapat membina suasana kondusif bagi pemulihan rundingan damai serta membantu Palestin dan Israel hidup bersama secara damai,” jelas Xi.

Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk berperanan positif dalam usaha mewujudkan persefahaman dalaman di Palestin dan rundingan damai.

Sementara itu, Abbas dalam ucapan berkata Palestin menyokong Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan oleh Presiden Xi.

Beliau turut memuji usaha China bagi menjayakan rundingan antara Arab Saudi dengan Iran, serta menghargai pelbagai cadangan untuk menyelesaikan isu Palestin secara adil dengan secepat mungkin.

“Palestin yakin terhadap pendirian China yang bijak serta adil dan (kami) menanti-nantikan China untuk berperanan lebih besar bagi mewujudkan persefahaman dalaman dan kedamaian di Asia Barat,” tambah Abbas.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending