Antarabangsa
Perkataan ‘cisgender’ boleh dianggap hinaan di Twitter
Pengguna Twitter mungkin digantung akaunnya jika mengguna perkataan ‘cis’ dan ‘cisgender’, demikian lapor Reduxx.

- Pengguna Twitter mungkin digantung akaunnya jika mengguna perkataan ‘cis’ dan ‘cisgender’.
- Perkataan itu boleh dianggap sebagai kata-kata hinaan mengikut Syarat Perkhidmatan baharu Twitter. – Pemilik dan Pengerusi Twitter, Elon Musk.
- ‘Cisgender’ atau singkatannya ‘cis’ bermaksud golongan yang tidak mengubah jantina.
- Aktivis transgender sering menggunakan perkataan itu untuk mempersenda atau mengancam mereka yang tidak bersetuju dengan ideologi jantina songsang mereka.
Pengguna Twitter mungkin digantung akaunnya jika mengguna perkataan ‘cis’ dan ‘cisgender’, demikian lapor Reduxx.
Elon Musk selaku pemilik dan pengerusi Twitter memberitahu yang perkataan itu boleh dianggap sebagai kata-kata hinaan mengikut Syarat Perkhidmatan baharu media sosial itu.
“Perkataan ‘cis’ atau ‘cisgender’ dianggap sebagai penghinaan di platform ini,” kata Elon dalam satu ciapan pada Rabu.
“Gangguan berulang yang disasarkan terhadap mana-mana akaun akan menyebabkan akaun yang mengganggu itu sekurang-kurangnya digantung sementara”.
Elon berkata demikian sebagai membalas kepada ciapan James Esses, seorang pengulas kritikal jantina yang mendakwa dia enggan digelar ‘cis’.
Mengikut definisi, perkataan itu merujuk kepada golongan yang mempunyai identiti jantina selari dengan jantina kelahirannya.
Dalam erti kata lebih mudah, ‘cisgender’ atau singkatannya ‘cis’ bermaksud golongan yang tidak mengubah jantina.
Aktivis transgender sering menggunakan perkataan itu untuk mempersenda atau mengancam mereka yang tidak bersetuju dengan ideologi jantina songsang mereka.
Istilah itu diperkenalkan pada 1991 oleh pakar seks Jerman, Volkmar Sigusch yang menggunakan perkataan “cisgender” sebagai kata lawan bagi “transgender” dalam penerbitannya berjudul Transsexuals and our Nosomorphic View.
Sumber: Reduxx
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas