Connect with us

Terkini

Penutupan premis judi di Perlis dibincang minggu depan

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata isu larangan judi di negeri itu dijangka dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada minggu depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Penutupan premis judi di Perlis dibincang minggu depan
Foto: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
  • Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata isu larangan judi di negeri itu dijangka dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri buat pertama kali pada minggu depan.
  • Difahamkan, beberapa premis judi di Perlis menerima surat dari Majlis Perbandaran Kangar Perlis bahawa lesen premis mereka tidak akan diperbaharui setelah tamat tempoh.
  • Mohd Shukri berkata kerajaan negeri akan mengkaji aspek perundangan sedia ada dan mengumpul pendapat ahli EXCO sebelum mendapatkan pandangan Mufti Perlis.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata isu larangan judi di negeri itu dijangka dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada minggu depan.

Sin Chew Daily melaporkan beberapa premis judi di Perlis menerima surat dari Majlis Perbandaran Kangar Perlis bahawa lesen premis mereka tidak akan diperbaharui setelah tamat tempoh.

Shukri berkata beliau tidak pasti mengenai surat dikeluarkan Majlis Perbandaran Kangar itu.

Bagaimanapun, beliau akan membawa isu penutupan premis judi ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada minggu depan.

“Kerajaan negeri sudah putuskan tidak meluluskan permohonan lesen baru premis judi. Perkara perlu dibincangkan sekarang adalah sama ada enam premis judi yang sedia ada boleh terus beroperasi. Sekarang masih dalam perbincangan, belum ada lagi kata putus,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengkaji aspek perundangan sedia ada dan mengumpul pendapat ahli EXCO sebelum mendapatkan pandangan Mufti Perlis.

Ketika ini, terdapat enam premis judi di Perlis iaitu tiga di Kangar, dua di Padang Besar dan satu di Pelabuhan Perlis.

Media sebelum ini melaporkan Perlis akan menguatkuasakan langkah menutup premis perjudian dan loteri di negeri itu sama seperti negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah. – The Merdeka Times

Author