Connect with us

Antarabangsa

Penafian Nakba satu jenayah – Dekri Presiden Abbas

Pihak Berkuasa Palestin (PA), Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri bahawa penafian insiden Nakba adalah satu bentuk jenayah.

Wartawan TMT

Published

on

Penafian Nakba satu jenayah – Dekri Presiden Abbas
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Pihak Berkuasa Palestin (PA), Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri bahawa penafian insiden Nakba adalah satu bentuk jenayah.
  • Beliau mendefinisikan Nakba sebagai jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan terhadap rakyat Palestin pada tahun 1948, dan pihak yang menafikan insiden tersebut boleh dipenjarakan sehingga dua tahun.
  • Pihak berkuasa negeri berkaitan ditugaskan untuk menghukum pelaku berdasarkan undang-undang di dalam atau luar negeri.
  • Dekri itu menetapkan 15 Mei sebagai hari rasmi untuk memperingati Nakba dan mengadakan aktiviti untuk mewujudkan naratif kebangsaan Palestin di Palestin dan di seluruh dunia.

RAMALLAH – Pihak Berkuasa Palestin (PA), Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri bahawa penafian insiden Nakba adalah satu bentuk jenayah.

Beliau mendefinisikan Nakba sebagai jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin pada tahun 1948, dan pihak yang menafikan insiden tersebut boleh dipenjarakan sehingga dua tahun.

Pihak berkuasa negeri yang berkaitan ditugaskan untuk menghukum pelaku berdasarkan undang-undang di dalam atau luar negeri.

Lebih-lebih lagi, dekri itu menetapkan 15 Mei sebagai hari rasmi untuk memperingati Nakba dan mengadakan aktiviti untuk mewujudkan naratif kebangsaan Palestin di Palestin dan di seluruh dunia.

Hari Nakba ditanda setiap tahun oleh rakyat Palestin untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948 untuk memberi laluan kepada penubuhan negara haram Israel.

Dekri itu dibuat selepas Abbas berucap pada acara PBB yang diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-75 Nakba, menyeru masyarakat antarabangsa menggantung keahlian Israel dalam PBB kerana menghalang pelaksanaan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa.

Dia juga mendakwa AS dan UK berdiam diri terhadap pencerobohan yang berterusan dan enggan menghukum Israel atas pendudukan tanah Palestin dan pembinaan penempatan haram.

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, Nakba mengakibatkan pemindahan hampir 800,000 rakyat Palestin daripada 1.4 juta rakyat Palestin yang tinggal di Palestin bersejarah pada 1948 di 1,300 kampung dan pekan.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending