Connect with us

Antarabangsa

Pemulihan al-Quran berusia 500 tahun di Taiwan selesai

Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.

Wartawan TMT

Published

on

Pemulihan al-Quran berusia 500 tahun di Taiwan selesai
Foto: Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad.
  • Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.
  • Manuskrip setebal 500 muka surat yang lusuh akibat faktor peredaran masa diberikan kepada pengasas yayasan amal itu, Cheng Yen sebagai hadiah pada 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu, dari Turki.
  • Ia adalah kitab tertua dari Barat yang dipulihkan oleh perpustakaan, menurut Tsao, yang berkata kejayaan pemulihan teks agama mempunyai kepentingan sejarah dan merupakan pengiktirafan terhadap profesionalisme dan kepakaran pasukannya.

TAIPEI: Pemulihan al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun di Taiwan selesai pada Ahad, menurut Yayasan Amal Buddha Tzu Chi.

Manuskrip setebal 500 muka surat yang lusuh akibat faktor peredaran masa diberikan kepada pengasas yayasan amal itu, Cheng Yen sebagai hadiah pada 2020 oleh sukarelawan Muslim Tzu Chi, Faisal Hu, dari Turki.

Bagaimanapun, Cheng Yen menemui kumbang rokok sejenis pepijat yang biasa ditemukan dalam buku lama pada manuskrip itu dan meminta bantuan Perpustakaan Negara Taiwan melalui Hu dan seorang lagi sukarelawan Wu Ying-mei, yang merupakan timbalan pengarah perpustakaan ketika kejadian, menurut perpustakaan berkenaan.

Menurut Agensi Berita Pusat (CNA), pemulihan manuskrip itu mengambil masa 35 bulan, termasuk jeda kira-kira satu setengah tahun akibat pandemik Covid-19, sebelum Hu, pengarah perpustakaan Tsao Tsui-ying dan pemulih dari “Hospital Buku” perpustakaan menyerahkan al-Quran yang siap dipulihkan kepada Cheng Yen di Hualien pada Isnin.

Ia adalah kitab tertua dari Barat yang dipulihkan oleh perpustakaan, menurut Tsao, yang berkata kejayaan pemulihan teks agama mempunyai kepentingan sejarah dan merupakan pengiktirafan terhadap profesionalisme dan kepakaran pasukannya.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending