Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin gereja Afrika tolak saranan pemimpin tertinggi gereja UK pro-LGBT

Ketua Biskop Anglikan Rwanda, Laurent Mbanda menuduh pemimpin tertinggi Gereja England, Justin Welby menyokong kolonialisme kerana mengkritik undang-undang anti-LGBTQ Uganda.

A.R. Khan

Published

on

Pemimpin gereja Afrika tolak saranan pemimpin tertinggi gereja UK pro-LGBT
Foto: Ketua Biskop Anglikan Rwanda, Laurent Mbanda (kiri) dan Pemimpin tertinggi Gereja England, Justin Welby (kanan).
  • Ketua Biskop Anglikan Rwanda, Laurent Mbanda menuduh pemimpin tertinggi Gereja England, Justin Welby menyokong kolonialisme kerana mengkritik undang-undang anti-LGBTQ Uganda.
  • Justin Welby, yang juga Ketua Biskop Canterbury, dalam kenyataan Jumaat lalu, menyuarakan kebimbangannya terhadap Gereja Anglikan Uganda.
  • Ia ekoran tindakan Gereja Anglikan Uganda menyokong akta anti-gay yang mengenakan hukuman berat seperti penjara seumur hidup dan hukuman mati bagi aktiviti homoseksual melampau.
  • Welby meminta gereja serumpunnya itu menolak penggubalan undang-undang anti kelompok songsang itu atas dasar tiada justifikasi bagi kumpulan Anglikan menyokong dasar tersebut.
  • “Kami berdoa bahawa dia (Welby) dan ketua-ketua lain di Gereja England bertaubat,” kata Ketua Biskop Uganda, Stephen Kaziimba.

Ketua Biskop Anglikan Rwanda, Laurent Mbanda menuduh pemimpin tertinggi Gereja England, Justin Welby menyokong kolonialisme kerana mengkritik undang-undang anti-LGBTQ Uganda.

Justin Welby, yang juga Ketua Biskop Canterbury, dalam kenyataannya Jumaat lalu, menyuarakan kebimbangannya terhadap Gereja Anglikan Uganda.

Ia ekoran tindakan Gereja Anglikan Uganda menyokong akta anti-gay yang mengenakan hukuman berat seperti penjara seumur hidup dan hukuman mati bagi aktiviti homoseksual melampau.

Welby meminta gereja serumpunnya itu menolak penggubalan undang-undang anti kelompok songsang itu atas dasar tiada justifikasi bagi kumpulan Anglikan menyokong dasar tersebut.

Welby telah menulis kepada Ketua Biskop Uganda, Stephen Kaziimba, menyatakan kesedihan dan kekecewaan berkenaan perkara itu.

Mbanda dalam maklum balasnya kepada surat itu berkata, adalah “malang” bila mana Welby tidak mengekspresikan “kesedihan dan kekecewaan sama terhadap krisis yang melanda kumpulan Anglikan pimpinannya”.

“Nampaknya sejarah penjajah dengan sikap merendah-rendahkan sesetengah wilayah dari utara hingga ke selatan dan Afrika khususnya, belum berakhir,” kata Mbanda dipetik RT.

Welby pada minggu lalu berkata seruan itu bukan bertujuan “menerapkan nilai Barat”, tetapi sebagai peringatan atas komitmen “menyantuni setiap individu dengan kasih sayang serta penghormatan selayaknya sebagai anak Tuhan”.

Kaziimba dalam makluk balasnya kepada Welby pada Jumaat lalu, menegaskan mereka “jelas” dengan sokongan undang-undang anti-gay itu.

“Kami berdoa bahawa dia (Welby) dan ketua-ketua lain di Gereja England bertaubat,” kata Kaziimba.

Kaziimba berkata 85 peratus ketua kumpulan Anglikan GAFCON (Global Anglican Future Conference) pada April lalu bersepakat untuk tidak mengiktiraf Ketua Biskop Canterbury itu, sebagai simbol persekutuan mereka.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending