Connect with us

Antarabangsa

Pemanis Aspartame dalam Diet Coke bakal diisytihar penyebab kanser

Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik.

Wartawan TMT

Published

on

Pemanis Aspartame dalam Diet Coke bakal diisytihar penyebab kanser
Foto: Gambar label kandungan pemanis Aspartame dalam Diet Coke.
  • Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik. 
  • Menurut sumber agensi kajian kanser di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bahan tersebut berbahaya buat kesihatan manusia yang mana boleh menyebabkan kanser. 
  • Dua sumber dalaman agensi WHO itu memberitahu bahawa pemanis itu akan dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) bermula bulan depan selepas mengadakan mesyuarat pada awal bulan ini bersama pakar luaran kumpulan tersebut yang berperanan untuk menilai sama ada bahan itu berbahaya atau sebaliknya 

LONDON: Aspartame iaitu pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik.

Ini juga bermakna bahan itu berbahaya buat kesihatan manusia yang mana boleh menyebabkan kanser, menurut sumber agensi kajian kanser di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, pemanis berkenaan sering digunakan dalam produk-produk makanan lain seperti gula-gula getah jenama Extra dan coklat Mars.

Dua sumber dalaman agensi WHO itu memberitahu bahawa pemanis itu akan dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) bermula bulan depan yang mana dijangka mencetuskan perdebatan dalam industri pemakanan serta pihak berkuasa.

Keputusan IARC itu dipercayai telah diputuskan pada awal bulan ini selepas mengadakan mesyuarat bersama pakar luaran kumpulan tersebut yang mana berperanan untuk menilai sama ada bahan itu berbahaya atau sebaliknya.

Sementara itu, sejak tahun 1981, (Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan) JECFA memberitahu aspartame adalah selamat untuk dikonsumsi dalam had harian yang diterima.

Sebagai contoh, seorang dewasa yang beratnya 60 kg (132 paun) perlu minum antara 12 hingga 36 tin minuman soda diet setiap hari, bergantung kepada jumlah aspartame dalam minuman tersebut untuk mendatangkan risiko. Pandangan mereka telah dikongsi secara meluas oleh pihak pengawal selia negara, termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending