Antarabangsa
Pemain bola keranjang Amerika peluk Islam di Palestin
Pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Ahmad Young dilaporkan telah memeluk Islam di Palestin.
- Pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Ahmad Young dilaporkan telah memeluk Islam di Palestin, menurut laporan media.
- Ahmad Young, yang bermain bola keranjang kolej di California, Amerika Syarikat menandatangani kontrak bola keranjang profesional bermain untuk Kelab Qalandia dalam Persekutuan Bola Keranjang Palestin (PBF) pada 2 November.
- “Saya belajar banyak tentang Islam pada bulan Ramadan,” kata Young yang dipetik sumber media.
Pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Ahmad Young dilaporkan telah memeluk Islam di Palestin.
Menurut laporan Mehr News Agency, Ahmad Young, 23, kini bermain untuk Kelab Qalandia dalam Liga Bola Keranjang Palestin.
“Saya belajar banyak tentang Islam pada bulan Ramadan,” kata Young dipetik sumber media.
Atlet Amerika itu menyifatkan negara Palestin sebagai negara yang ‘ramah’.
Dalam pada itu, Kelab Qalandia adalah pasukan bola keranjang profesional yang berpangkalan di bandar Qalandia, Palestin.
Ahmad Young, yang bermain bola keranjang kolej di California, AS menandatangani kontrak bola keranjang profesional bermain untuk Kelab Qalandia dalam Persekutuan Bola Keranjang Palestin (PBF) pada 2 November lalu.
Pasukan itu terletak di Ramallah, Palestin, kira-kira empat puluh minit di utara Masjidil Aqsa.
Sumber: Mehr News Agency