Connect with us

Antarabangsa

Peluru berpandu rejim Israel bedil Damsyik

Serangan udara negara haram Israel ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah.

Wartawan TMT

Published

on

Peluru berpandu rejim Israel bedil Damsyik
Foto: Serangan udara negara haram Israel ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu.
  • Serangan udara negara haram Israel ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah.
  • Menurut agensi berita negara Syria, SANA – yang memetik sumber tentera – pertahanan udara Syria menembak jatuh beberapa serangan peluru berpandu rejim Zionis yang dilancarkan dari Bukit Golan.
  • “Musuh Israel melakukan pencerobohan udara dari arah Bukit Golan yang diduduki, menyasarkan beberapa kawasan di barat daya Damsyik,” katanya.
  • Sumber bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sasaran serangan itu, hanya mengatakan seorang anggota tentera cedera parah dan menyebabkan kerosakan material.
  • Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di United Kingdom bagaimanapun berkata, serangan peluru berpandu Israel itu ditujukan ke arah depot senjata milik pejuang pro-Iran dan menyebabkan kebakaran.

DAMSYIK – Serangan udara negara haram Israel ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah.

Menurut agensi berita negara Syria, SANA – yang memetik sumber tentera – pertahanan udara Syria menembak jatuh beberapa serangan peluru berpandu rejim Zionis yang dilancarkan dari Bukit Golan.

“Musuh Israel melakukan pencerobohan udara dari arah Bukit Golan yang diduduki, menyasarkan beberapa kawasan di barat daya Damsyik,” katanya.

Sumber bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sasaran serangan itu, hanya mengatakan seorang anggota tentera cedera parah dan menyebabkan kerosakan material.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di United Kingdom bagaimanapun berkata, serangan peluru berpandu Israel itu ditujukan ke arah depot senjata milik pejuang pro-Iran dan menyebabkan kebakaran.

Dalam tempoh 12 bulan sehingga April, serangan Israel ke atas Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan mencederakan lebih daripada 50 orang.

Israel telah bertahun-tahun melakukan ratusan serangan terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria.

Advertisement

Walaupun jarang mengulas mengenai serangannya di Syria, Israel berulang kali berkata, negara itu tidak akan membenarkan Iran meluaskan pengaruh ketenteraannya ke wilayah Syria. 

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending