Connect with us

Antarabangsa

Pelaku Pedofilia akan dikembiri secara kimia di Belarus

Belarus akan melaksanakan undang-undang pengembirian kimia ke atas pesalah pedofilia tidak lama lagi, lapor portal TVR.

Wartawan TMT

Published

on

Pelaku Pedofilia akan dikembiri secara kimia di Belarus
Foto: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.
  • Belarus akan memperkenalkan undang-undang pengembirian kimia ke atas pesalah pedofilia tidak lama lagi, lapor portal TVR.
  • Pejabat Peguam Negara yang menggubal undang-undang itu mendapat kelulusan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko pada 19 Jun lalu.
  • Kementerian Kesihatan Belarus dengan pengalaman antarabangsa membangunkan kaedah rawatan bagi pelaksanaan hukuman pengembirian itu.
  • Pelaksanaan undang-undang tegas itu ada kaitan dengan meluasnya propaganda hubungan seksual bukan tradisional, penyesuaian jantina, pedofilia dan pornografi kanak-kanak.

Belarus akan melaksanakan undang-undang pengembirian kimia ke atas pesalah pedofilia tidak lama lagi, lapor portal TVR.

Pejabat Peguam Negara yang menggubal undang-undang itu mendapat kelulusan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko pada 19 Jun lalu.

Kementerian Kesihatan Belarus dengan pengalaman antarabangsa membangunkan kaedah rawatan bagi pelaksanaan hukuman pengembirian itu.

Menurut Ketua Jabatan Pejabat Peguam Negara Belarus, Anzhelika Kurchak, persediaan pelaksanaan hukuman dan rawatan pemulihan sudah selesai.

Kementerian Kesihatan Belarus juga bersedia dengan membangunkan dan meluluskan protokol klinikal bagi merawat individu-individu pedofilia disabit kesalahan.

Usaha turut diarahkan dalam pembangunan bantuan seksologi yang akan menyumbang kepada pencegahan jenayah sedemikian.

Dengan itu, pengesanan dan bantuan yang tepat pada masanya boleh diberikan kepada mereka yang dilanda penyimpangan seksual.

Dimaklumkan, kawalan terhadap individu yang dihukum juga akan lebih ketat dengan implementasi gelang elektronik.

Ketua negara Belarus turut menyokong inisiatif Pejabat Peguam Negara itu untuk menangani isu peningkatan tanggungjawab ibu bapa dan pentadbiran.

Isu itu berkaitan meluasnya propaganda hubungan seksual bukan tradisional, penyesuaian jantina, pedofilia dan pornografi kanak-kanak.

Sumber: TVR

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending