Connect with us

Antarabangsa

Pelaku bakar al-Quran akan jalani hukuman di wilayah Islam Russia – Putin

Presiden Russia, Vladimir Putin berkata sesiapa yang didapati membakar Al-Quran akan menjalani hukuman di kawasan majoriti Muslim di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Pelaku bakar al-Quran akan jalani hukuman di wilayah Islam Russia – Putin
Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Presiden Russia, Vladimir Putin berkata sesiapa yang didapati membakar Al-Quran akan menjalani hukuman di kawasan majoriti Muslim di negara itu.
  • Terdahulu, Menteri Kehakiman Russia, Konstantin Chuichenko dilapor mencadangkan pelaku melakukan jenayah itu hendaklah dihantar menjalani hukuman di salah satu institusi pemulihan terletak di wilayah Russia dengan penduduk majoriti Muslim.
  • Nikita Zhuravel, yang juga penduduk Volgograd, sebelum ini bertindak membakar al-Quran di depan sebuah masjid, sekaligus mencetuskan protes di kawasan majoriti Muslim, khususnya di Republik Chechnya.
  • Nikita dikatakan membuat perlakuan itu untuk upah 10,000 ruble (USD125) dari agensi perisikan Ukraine.

Presiden Russia, Vladimir Putin berkata sesiapa yang didapati membakar Al-Quran akan menjalani hukuman di kawasan majoriti Muslim di negara itu.

Putin dipetik agensi berita Russia, TASS, pada 13 Jun lalu, sebagai berkata demikian bagi mengesahkan apa dimaklumkan Menteri Kehakiman negara itu.

Menteri Kehakiman Russia, Konstantin Chuichenko sebelum ini mencadangkan pelaku melakukan jenayah itu hendaklah dihantar menjalani hukuman di salah satu institusi pemulihan terletak di wilayah Russia dengan penduduk majoriti Muslim.

Middle East Monitor melaporkan punca insiden itu bermula apabila Nikita Zhuravel, yang juga penduduk Volgograd, bertindak membakar al-Quran di depan sebuah masjid.

Perbuatan jenayah itu yang turut dirakam mencetuskan protes di kawasan majoriti Muslim, khususnya di Republik Chechnya.

Jawatankuasa Penyiasatan Russia mendakwa tertuduh, iaitu Nikita, membuat perlakuan itu untuk upah sebanyak 10,000 ruble (USD125) dari agensi perisikan Ukraine.

Peguam dan aktivis menyuarakan kebimbangan penahanan Nikita di bawah kendalian penyiasat Chechen itu yang mendedahkan risiko dia diseksa dan dibunuh.

Sumber: Middle East Monitor

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending