Terkini
Pelajar alami kelesuan haba di Pekan
Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di Pekan dekat sini, mengalami kelesuan haba selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh empat kilometer semalam.
- Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun mengalami kelesuan haba selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh empat kilometer.
- Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata pelajar itu telah dirujuk oleh Hospital Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dilaporkan semakin stabil.
- “Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit telah mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.
- “Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan sokongan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA,” katanya.
KUANTAN: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di Pekan dekat sini, mengalami kelesuan haba selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh empat kilometer semalam.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata pelajar itu telah dirujuk oleh Hospital Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan kini dilaporkan semakin stabil.
“Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit telah mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.
“Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan sokongan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Dr Nor Azimi mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti luar semasa cuaca panas, menggunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan.
Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengawasi gejala keletihan dan strok haba serta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala berkenaan. – BERNAMA
Sumber: Bernama
You must be logged in to post a comment Login