Antarabangsa
PBB kutuk tentera Zionis tembak mati kanak-kanak Palestin
Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat, Isnin lalu mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel.

- Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat, Isnin lalu mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel.
- “Saya mengutuk dan amat sedih dengan kematian seorang budak lelaki Palestin berusia 2 tahun akibat ditembak pasukan keselamatan Israel di Al-Nabi Saleh,” lapor Agensi Anadolu memetik Tor Wennesland di Twitter.
- Beliau berkata ‘orang awam, khususnya kanak-kanak terus menanggung beban konflik ini’ dan menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab.
- Semalam, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Mohammad Tamimi, 2, yang cedera parah pada Khamis lalu apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di bandar Nabi Saleh dekat Ramallah. Bapanya juga cedera dalam serangan itu.
ANKARA: Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat, Isnin lalu mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel.
“Saya mengutuk dan amat sedih dengan kematian seorang budak lelaki Palestin berusia 2 tahun akibat ditembak pasukan keselamatan Israel di Al-Nabi Saleh,” lapor Agensi Anadolu memetik Tor Wennesland di Twitter.
Beliau berkata ‘orang awam, khususnya kanak-kanak terus menanggung beban konflik ini’ dan menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Semalam, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian Mohammad Tamimi, 2, yang cedera parah pada Khamis lalu apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di bandar Nabi Saleh dekat Ramallah. Bapanya juga cedera dalam serangan itu.
Tentera Israel berkata, siasatan awal menunjukkan dua lelaki Palestin yang bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah penempatan berhampiran menyebabkan tentera Israel bertindak balas.
Tentera mengaku tersalah tembak kanak-kanak itu dan kesal telah ‘memudaratkan mereka yang bukan pejuang dan berusaha untuk mencegah kejadian seperti itu’.
Bapa kanak-kanak itu bagaimanapun menafikan naratif Israel dan mendakwa tidak belaku berbalas tembak di kawasan itu, sebaliknya menuduh tentera Israel terus melepaskan tembakan ke arah keretanya.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Menurut angka Palestin, lebih 155 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini.
Sekurang-kurangnya 21 warga Israel turut terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama.
Sumber: Utusan Malaysia
