Connect with us

Antarabangsa

Papar bendera Pride setara bendera AS, Rumah Putih dikecam veteran tentera

Veteran tentera Amerika Syarikat mendakwa Presiden Joe Biden dan pentadbirannya memperlekehkan bendera Amerika apabila meletakkan bendera Pride setara susunannya dengan bendera negara itu di Rumah Putih akhir minggu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Papar bendera Pride setara bendera AS, Rumah Putih dikecam veteran tentera
Foto: Sambutan bulan Pride meraikan kelompok songsang LGBT, dengan menghias bendera pelangi diapit dua bendera Amerika di balkoni Rumah Putih.
  • Veteran tentera Amerika Syarikat mendakwa Presiden Joe Biden dan pentadbirannya memperlekehkan bendera Amerika apabila meletakkan bendera Pride setara susunannya dengan bendera negara itu di Rumah Putih akhir minggu lalu.
  • Insiden itu berlaku ketika pentadbiran Biden menyambut bulan Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBT, dengan menghias bendera pelangi diapit dua bendera Amerika di balkoni Rumah Putih.
  • Pengkritik menyifatkan perkara itu melanggar kod etika bendera AS yang mempunyai spesifikasi tertentu apabila diposisikan bersama bendera lain.
  • “Bendera Amerika adalah simbol kebebasan dan kesaksamaan bagi apa sahaja warna kulit, pilihan seksual (yang sah disisi undang-undang) dan tiada satu kumpulan sosial pun memerlukan bendera lain.
  • “Jika setiap kumpulan memahami maksud di sebalik bendera Amerika, ia tidak akan (menjadi sesuatu) memecah-belahkan,” kata Lt. Kol. Stuart Scheller, bekas tentera Marin.

Veteran tentera Amerika Syarikat mendakwa Presiden Joe Biden dan pentadbirannya memperlekehkan bendera Amerika apabila meletakkan bendera Pride setara susunannya dengan bendera negara itu di Rumah Putih akhir minggu lalu.

Insiden itu berlaku ketika pentadbiran Biden menyambut bulan Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBT, dengan menghias bendera pelangi diapit dua bendera Amerika di balkoni Rumah Putih.

New York Post melaporkan pengkritik menyifatkan perkara itu melanggar kod etika bendera AS yang mempunyai spesifikasi tertentu apabila diposisikan bersama bendera lain.

“Bendera Amerika adalah simbol kebebasan dan kesaksamaan bagi apa sahaja warna kulit, pilihan seksual (yang sah disisi undang-undang) dan tiada satu kumpulan sosial pun memerlukan bendera lain.

“Jika setiap kumpulan memahami maksud di sebalik bendera Amerika, ia tidak akan (menjadi sesuatu) memecah-belahkan,” kata Lt. Kol. Stuart Scheller, bekas tentera Marin yang ditamatkan perkhidmatannya pada Ogos 2021.

“Setiap veteran yang telah berjuang dan banyak berkorban merasa jelek dengan simbol Pride memintas bendera negara di Rumah Putih,” kata bekas tentera Marin, Victor Marx yang mengasaskan All Things Possible, sebuah pertubuhan membantu bekas tentera yang trauma.

Wakil Florida di Kongres, Cory Mills (R-Fla.), yang juga veteran tentera, mengutuk malapetaka itu sebagai “memalukan” dan menegaskan “tiada bendera sepatutnya dikibarkan setaraf dengan bendera Amerika.”

Namun pembela kepada pentadbiran Biden mendakwa dan menyanggah kedudukan bendera kelompok songsang itu di Rumah Putih adalah bercanggahan dengan kod etika bendera AS.

Setakat ini, Rumah Putih tidak memberi sebarang maklum balas berhubung insiden itu.

Sumber: NY Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending