Connect with us

Antarabangsa

Palestin kecewa Russia buka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis

Palestin melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Russia untuk membuka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis.

Wartawan TMT

Published

on

Palestin kecewa Rusia buka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis
Foto: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki.
  • Palestin melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Russia untuk membuka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis.
  • Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, berkata keputusan itu boleh diambil kesempatan oleh negara lain yang menunggu peluang untuk mengikuti langkah sama.
  • Ujarnya, keputusan berkenaan dibuat tanpa penyelarasan dan memberi sebarang penjelasan terlebih dulu kepada pihak Palestin.
  • Pada 16 Jun lalu, kedutaan Russia dan Kementerian Luar Israel mengumumkan Russia akan membuka cawangan bahagian konsulatnya di Baitulmaqdis.

RAMALLAH: Palestin melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Russia untuk membuka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, berkata keputusan itu boleh diambil kesempatan oleh negara lain yang menunggu peluang untuk mengikuti langkah sama.

Ujarnya, keputusan berkenaan dibuat tanpa penyelarasan dan memberi sebarang penjelasan terlebih dulu kepada pihak Palestin.

Pada 16 Jun lalu, kedutaan Russia dan Kementerian Luar Israel mengumumkan Russia akan membuka cawangan bahagian konsulatnya di Baitulmaqdis.

Menurut Israel, satu kawasan tanah yang terletak di penghujung Jalan King George dan Ma’alot di Baitulmaqdis akan digunakan untuk membina cawangan pejabat diplomatik terbabit.

Sejak sekian lama Palestin berjuang untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dengan menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, namun Israel menganggap seluruh kawasan Baitulmaqdis sebagai ibu kota tempat berkenaan

Baitulmaqdis adalah salah satu isu status terakhir bagi rundingan damai antara Palestin-Israel yang dihentikan sejak 2014.

Sumber: BuletinTV3

Author

Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending