Antarabangsa
Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.

- Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.
- Menurut laporan media antarabangsa, ini selepas pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan demikian bagi mengelakkan tercetusnya rusuhan, seperti yang berlaku susulan penahanan beliau bulan lalu.
- Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta pemegang lesen televisyen memastikan tiada individu terlibat dengan rusuhan itu dipaparkan dalam media.
- Liputan berita mengenai bekas perdana menteri itu, yang merupakan pemimpin paling popular Pakistan, tidak lagi disiarkan, hinggakan nama dan gambarnya juga tidak kelihatan.
Liputan media terhadap bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tidak lagi dipaparkan di semua saluran berita arus perdana negara itu.
Menurut laporan media antarabangsa, ini selepas pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan demikian bagi mengelakkan tercetusnya rusuhan, seperti yang berlaku susulan penahanan beliau bulan lalu.
Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) meminta pemegang lesen televisyen memastikan tiada individu terlibat dengan rusuhan itu dipaparkan dalam media.
Liputan berita mengenai bekas perdana menteri itu, yang merupakan pemimpin paling popular Pakistan, tidak lagi disiarkan, hinggakan nama dan gambarnya juga tidak kelihatan.
Malah, sebutan namanya juga telah hilang dari laman web berita.
Sejak sekian lama, Imran menjadi ahli politik yang paling banyak mendapat liputan siaran di Pakistan.
Lazimnya, ucapan dan perhimpunannya mendapat liputan dan tontonan meluas.
Larangan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap Imran sementara berpuluh-puluh ahli parti serta penyokongnya ditangkap.
Beliau telah ditangkap atas tuduhan rasuah tetapi dibebaskan dua hari kemudian selepas mahkamah menganggap cara penahanannya menyalahi undang-undang.
Beliau masih diikat jamin, tetapi menghadapi berpuluh-puluh kes.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas