Antarabangsa
(VIDEO) Orang awam uruskan lelaki kasari wanita
Gara-gara mengasari seorang wanita secara melampau, seorang lelaki ditangkap dan diikat ditiang oleh orang awam yang melihat kejadian tersebut.

PERU: Gara-gara mengasari seorang wanita secara melampau, seorang lelaki ditangkap dan diikat ditiang oleh orang awam yang melihat kejadian tersebut.
Lelaki tersebut sebelum itu dilihat secara tiba-tiba menangkap seorang wanita di jalanan kemudian mengheret serta menjerut mangsa terbabit.
Kejadian di Peru itu turut memperlihatkan kekejaman lelaki tersebut apabila dia memukul kepala dan badan mangsa.
Melihat keadaan itu, sekumpulan lelaki yang melalui jalan tersebut bertindak mengejar suspek yang kelihatan cuba melarikan diri.
Setelah ditangkap, lelaki itu diikat pada sebatang tiang.
Tidak lama kemudian, suspek didatangi dua wanita tempatan yang bertindak memukulnya dengan batang kayu.
Punca kejadian masih tidak diketahui.
Sumber: Twitter Amiri King
Antarabangsa
Situasi di Gaza ‘tidak dapat dibayangkan’ – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
- “Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
- Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit. Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa situasi kesihatan di Gaza “tidak dapat dibayangkan.
“Laporan tentang permusuhan yang berterusan dan pengeboman tanpa henti di Gaza amat menakutkan,” tulis Tedros Adhanom Ghebreyesus di X.
Menurutnya, pasukan WHO telah melawat Hospital Perubatan Nassar di selatan Gaza yang dipenuhu dengan 1,000 pesakit.
Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada kapasitinya.
Tambah Tedros, orang ramai memenuhi setiap sudut kemudahan kesihatan itu untuk mencari perlindungan.
“Pesakit sedang menerima rawatan di atas lantai, mereka menjerit kesakitan.
“Saya sebenarnya tidak dapat mencari perkataan yang cukup kuat untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap apa yang kami saksikan,” ujarnya sambil menyatakan tidak dapat membayangkan penyediaan perkhidmatan di hospital berkenaan.
Beliau sekali lagi mengulangi gesaannya untuk “gencatan senjata sekarang.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat lalu selepas mengisytiharkan gencatan senjata selama seminggu dengan Hamas. – Agensi
Sumber: Malaysia Gazette
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas