Connect with us

Antarabangsa

Nilai pasaran pembedahan tukar jantina cecah USD3,171.3 juta menjelang 2032

Nilai pasaran dunia bagi pembedahan tukar jantina dijangka mencecah hingga 3171.3 juta Dolar Amerika menjelang 2032.

Wartawan TMT

Published

on

Nilai pasaran pembedahan tukar jantina cecah USD3,171.3 juta menjelang 2032
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Acumen Research and Consulting, April lalu menerbitkan laporan ‘saiz pasaran pembedahan tukar jantina’ yang dianggarkan mampu mencecah 3,171.3 Juta Dolar Amerika menjelang 2032.
  • Prosedur penukaran jantina merupakan pembedahan penting dalam proses peralihan kebanyakan individu transgender.
  • Ia melibatkan pelbagai prosedur antaranya pembedahan feminisasi muka, pembedahan suara, pembesaran payudara, dan pembinaan semula alat kelamin.

Nilai pasaran dunia bagi pembedahan tukar jantina dijangka mencecah hingga 3171.3 juta Dolar Amerika menjelang 2032.

Laporan Acumen Research and Consulting yang dikeluarkan April lalu menunjukkan kadar pertumbuhan pengkompaunan tahunan sebanyak 20.4 peratus dari 2023 hingga 2032. Ramalan saiz pasaran itu bermula dengan saiz data tahun 2022 yang dilaporkan mencecah 519.8 juta Dolar Amerika.

Faktor kadar peningkatan pasaran melibatkan beberapa perkara antaranya penerimaan sosial yang bertambah baik terhadap transgender, dan kemajuan yang ketara dalam prosedur pembedahan yang lebih cekap dan selamat.

Prosedur penukaran jantina merupakan pembedahan penting dalam proses peralihan kebanyakan individu transgender.

Ia melibatkan pelbagai prosedur antaranya pembedahan feminisasi muka, pembedahan suara, pembesaran payudara, dan pembinaan semula alat kelamin.

Pelaksanaan polisi kesihatan yang dilapor semakin baik dengan bertambahnya syarikat insuran yang mula melindungi pembedahan prosedur sebegini juga antara faktor peningkatan saiz pasaran tersebut.

Sumber: Globe Newswire

Advertisement

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending