Connect with us

Terkini

Naratif songsang dicipta lawan untuk hilangkan keyakinan kepada BN

Pihak lawan didakwa menggunakan media sosial untuk mencipta naratif songsang yang melampau bagi mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Wartawan TMT

Published

on

Naratif songsang dicipta lawan untuk hilangkan keyakinan kepada BN
Foto: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah).
  • Pihak lawan didakwa menggunakan media sosial mencipta naratif songsang melampau bagi mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, strategi sama telah digunakan oleh mereka pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
  • Beliau mengingatkan ahli UMNO di Kedah khususnya agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi berkenaan yang dibuat melalui media sosial.
  • “Saya nak ingatkan kepada semua bahawa apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini adalah mainan naratif songsang dan persepsi buruk melampau di media sosial oleh pihak lawan,” katanya.

KUBANG PASU: Pihak lawan didakwa menggunakan media sosial untuk mencipta naratif songsang yang melampau bagi mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, strategi sama telah digunakan oleh mereka pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Justeru, beliau mengingatkan ahli UMNO di Kedah khususnya agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi berkenaan yang dibuat melalui media sosial.

“Saya nak ingatkan kepada semua bahawa apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini adalah mainan naratif songsang dan persepsi buruk melampau di media sosial oleh pihak lawan.

“Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini juga tidak terkecuali strategi yang sama juga sedang digunakan mereka untuk sekali lagi mengelirukan pengundi,” katanya pada Majlis Taklimat Persiapan PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengingatkan ahli parti agar tidak lagi berpolemik dengan isu sejauh mana perjalanan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan, PRN kelak adalah masa untuk menentukan kemenangan bersama sekaligus mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan di peringkat Pusat.

Advertisement

“Saya mengharapkan sokongan mutlak daripada ahli-ahli UMNO, semangat saya seorang sebagai ketua tak cukup, saya perlukan sokongan dan kerjasama daripada semua. Ahli-ahli UMNO sendiri jangan kalih ke lain dan sesiapa sahaja yang ditentukan oleh parti untuk jadi calon nanti hendaklah kita sokong sepenuhnya,” katanya.

Kata Mahdzir, Kedah juga bakal menjadi tumpuan seluruh negara berbanding PRN di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Ini kerana kata beliau, keputusan PRN di lima negeri tersebut sudah boleh dijangka berbanding di Kedah yang mana pengundinya lebih dinamik dan bijak dalam membuat penilaian.

“UMNO dan BN masih ada harapan untuk mencatat kemenangan dalam PRN kali ini berdasarkan situasi semasa sekarang yang agak berbeza sedikit dengan PRU lalu.

“Kita yakin boleh kalih semula Kedah, sebab Kedah adalah ‘swing state’ yang mana rakyat Kedah cerdik dalam memilih. Jadi jika kita masuk dalam pilihan raya kali ini dengan cara yang betul dan tepat maka kita boleh menang,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending