Connect with us

Antarabangsa

Mustahil masyarakat antarabangsa iktiraf Taliban – Wakil PBB di Afghanistan

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata, adalah mustahil untuk masyarakat antarabangsa mengiktiraf Taliban kecuali pentadbiran berkenaan menarik balik larangan ke atas hak wanita, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Mustahil masyarakat antarabangsa iktiraf Taliban – Wakil PBB di Afghanistan
Foto: Kumpulan Taliban di Afghanistan.
  • Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata, adalah mustahil untuk masyarakat antarabangsa mengiktiraf Taliban kecuali pentadbiran berkenaan menarik balik larangan ke atas hak wanita, lapor Agensi Anadolu.
  • Roza Otunbayeva berkata, Majlis Keselamatan PBB dan agensi itu berdepan situasi sukar di Afghanistan berikutan sekatan ke atas wanita untuk terlibat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  • “Kami tidak diberikan penjelasan oleh pentadbiran berhubung larangan tersebut dan tiada jaminan mereka untuk menarik balik sekatan yang dibuat,” katanya.
  • Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara dari Amerika Syarikat (AS) pada 15 Ogos lalu, pelbagai bantuan kewangan antarabangsa disekat sehingga menyebabkan krisis ekonomi, kemanusiaan dan krisis hak asasi manusia.

KABUL – Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata, adalah mustahil untuk masyarakat antarabangsa mengiktiraf Taliban kecuali pentadbiran berkenaan menarik balik larangan ke atas hak wanita, lapor Agensi Anadolu.

Roza Otunbayeva berkata, Majlis Keselamatan PBB dan agensi itu berdepan situasi sukar di Afghanistan berikutan sekatan ke atas wanita untuk terlibat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya berterus-terang dengan halangan yang mereka ciptakan dengan sekatan dan dekri yang ditetapkan khususnya kepada kaum wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Kami telah menyampaikan kepada mereka, selagi dekri tersebut ditetapkan hampir mustahil kerajaan akan diiktiraf masyarakat antarabangsa.

“Kami tidak diberikan penjelasan oleh pentadbiran berhubung larangan tersebut dan tiada jaminan mereka untuk menarik balik sekatan yang dibuat,” katanya.

Tegas Otunbayeva, kakitangan wanita tidak boleh digantikan dengan petugas lelaki seperti yang dicadangkan pihak Taliban.

Beliau pada masa sama turut mencadangkan Taliban supaya menarik balik sekatan bagi membolehkan PBB meneruskan sokongan sepenuhnya kepada rakyat di Afghanistan.

“Pentadbiran Taliban kekal mengamalkan autokratik. Komposisi kerajaan de facto adalah kakitangan lelaki sepenuhnya,” katanya.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara dari Amerika Syarikat (AS) pada 15 Ogos lalu, pelbagai bantuan kewangan antarabangsa disekat sehingga menyebabkan krisis ekonomi, kemanusiaan dan krisis hak asasi manusia.

Malah, Taliban juga berterusan melancarkan sekatan walaupun memberi jaminan untuk melindungi hak asasi manusia dan wanita.

Lebih menyedihkan, apabila hak wanita dilucutkan termasuk hak untuk mendapat pendidikan, menjalani kehidupan awam sehingga menyebabkan ribuan wanita kehilangan kerja selepas dipaksa meletak jawatan dalam sektor kerajaan dan juga swasta.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending