Connect with us

Antarabangsa

Muslim Rohingya beri keterangan jenayah Myanmar di Mahkamah Argentina

Seorang wakil komuniti etnik Rohingya beragama Islam memberi keterangan buat pertama kali semalam, sebahagian daripada siasatan kehakiman Argentina terhadap dakwaan jenayah dilakukan tentera Myanmar, kata seorang aktivis kepada AFP.

Wartawan TMT

Published

on

Muslim Rohingya beri keterangan jenayah Myanmar di Mahkamah Argentina
Foto: Presiden Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (UK), Maung Tun Khin.
  • Seorang wakil komuniti etnik Rohingya beragama Islam memberi keterangan buat pertama kali semalam, sebahagian daripada siasatan kehakiman Argentina terhadap dakwaan jenayah dilakukan tentera Myanmar, kata seorang aktivis kepada AFP.
  • Menurut Presiden Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (UK), Maung Tun Khin, perbicaraan yang dilakukan secara tertutup itu adalah ‘hari bersejarah untuk semua penduduk di negara itu’.
  • “Akhirnya perbicaraan secara bersemuka sedang berlaku dan bukti kukuh sedang dikemukakan di mahkamah,” katanya yang tidak memperincikan identiti, bilangan individu terselamat yang memberi keterangan mahupun fakta berkaitan kes atas faktor keselamatan.
  • Menurut sumber yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan, perbicaraan membabitkan enam individu itu dijangka berlanjutan sehingga 13 Jun ini.

BUENOS AIRES: Seorang wakil komuniti etnik Rohingya beragama Islam memberi keterangan buat pertama kali semalam, sebahagian daripada siasatan kehakiman Argentina terhadap dakwaan jenayah dilakukan tentera Myanmar, kata seorang aktivis kepada AFP.

Menurut Presiden Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (UK), Maung Tun Khin yang berpangkalan di Britain, perbicaraan yang dilakukan secara tertutup itu adalah ‘hari bersejarah untuk semua penduduk di negara itu’.

“Akhirnya perbicaraan secara bersemuka sedang berlaku dan bukti kukuh sedang dikemukakan di mahkamah,” katanya yang tidak memperincikan identiti, bilangan individu terselamat yang memberi keterangan mahupun fakta berkaitan kes atas faktor keselamatan.

Menurut sumber yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan, perbicaraan membabitkan enam individu itu dijangka berlanjutan sehingga 13 Jun ini.

Pada 2021, sistem keadilan Argentina memberi maklum balas terhadap aduan diterimanya, mengumumkan kerajaan membuka siasatan terhadap dakwaan jenayah oleh tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya di bawah prinsip bidang kuasa sejagat yang termaktub dalam perlembagaan.

Pada tahun sama, enam wanita Rohingya yang tinggal sebagai pelarian di Bangladesh mengambil bahagian dalam perbicaraan maya di hadapan mahkamah Argentina, memetik serangan seksual dan kematian saudara maranya akibat penindasan rejim.

“Perbicaraan secara bersemuka terhadap mangsa yang terselamat diteruskan. Bukti yang sangat penting sedang didedahkan,” kata Maung Tun Khin.

Pada masa lalu, Mahkamah Argentina bersetuju memeriksa kes di luar negara di bawah prinsip bidang kuasa sejagat, khususnya jenayah yang dilakukan di bawah rejim fasis Francisco Franco di Sepanyol.

Prinsip ini memungkinkan untuk mendakwa pelaku jenayah yang paling serius tanpa mengira kewarganegaraan mereka atau di mana jenayah itu dilakukan.

Kira-kira 750,000 orang komuniti Rohingya melarikan diri ke Bangladesh pada 2017 susulan tindakan keras tentera Myanmar, selain ‘tindakan pembunuhan beramai-ramai’ sebelum ini yang kini menjadi subjek prosiding berasingan di hadapan Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending