Connect with us

Antarabangsa

META akan sekat kandungan berita di FB, Instagram di Kanada

Rakyat Kanada tidak lagi dapat mengakses kandungan berita di Facebook dan Instagram, menurut syarikat induk Meta pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Wartawan TMT

Published

on

META akan sekat kandungan berita di FB, Instagram di Kanada
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Kanada tidak lagi dapat mengakses kandungan berita di Facebook dan Instagram, menurut syarikat induk Meta pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
  • Meta membuat pengumuman itu susulan Parlimen Kanada meluluskan Rang Undang-Undang C-18, Akta Berita Dalam Talian, yang memaksa gergasi teknologi membayar kandungan berita kepada syarikat media.
  • Meta menegaskan bahawa ketersediaan berita di Facebook dan Instagram akan ditamatkan untuk semua pengguna di Kanada sebelum rang undang-undang itu dikuat kuasa.
  • Akta itu dijangka berkuat kuasa di Kanada dalam tempoh enam bulan.

NEW YORK — Rakyat Kanada tidak lagi dapat mengakses kandungan berita di Facebook dan Instagram, menurut syarikat induk Meta pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Meta membuat pengumuman itu susulan Parlimen Kanada meluluskan Rang Undang-Undang C-18, Akta Berita Dalam Talian, yang memaksa gergasi teknologi membayar kandungan berita kepada syarikat media.

“Kami telah berulang kali berkongsi bahawa demi mematuhi Rang Undang-Undang C-18… kandungan daripada penyedia berita, termasuk penerbit berita dan penyiar tidak lagi tersedia di platform kami di Kanada,” menurut kenyataan Meta.

Meta menegaskan bahawa ketersediaan berita di Facebook dan Instagram akan ditamatkan untuk semua pengguna di Kanada sebelum rang undang-undang itu dikuat kuasa.

“Kami mahu memberi jaminan kepada berjuta-juta rakyat Kanada di platform kami bahawa mereka akan sentiasa dapat berhubung dengan rakan dan keluarga, mengembangkan perniagaan mereka dan menyokong komuniti setempat mereka,” menurut kenyataan itu.

Akta itu dijangka berkuat kuasa di Kanada dalam tempoh enam bulan.

Menteri Warisan Kanada Pablo Rodriguez berkata kebebasan media adalah asas kepada demokrasi.

Advertisement

“Penyedia berita di seluruh negara kini boleh berunding secara adil untuk mendapatkan pampasan apabila kerja mereka dipaparkan di platform digital terbesar.

“Ia demi memastikan syarikat berita tempatan walau sekecil mana, boleh mendapat manfaat melalui undang-undang ini dan menerima pampasan yang adil untuk kerja mereka,” katanya. — BERNAMA-dpa

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending