Antarabangsa
Mesir, Israel ikrar tingkat kerjasama sempadan
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berikrar untuk meningkatkan kerjasama selepas seorang anggota polis Mesir menembak mati tiga askar Israel sebelum dia kemudiannya terbunuh.
- Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meningkatkan kerjasama selepas seorang anggota polis Mesir menembak mati tiga askar Israel sebelum dia kemudiannya terbunuh.
- Jurucakap Presiden Mesir berkata al-Sisi menerima panggilan telefon daripada Netanyahu mengenai insiden keganasan berdarah pada Sabtu lalu di sempadan biasanya tenang.
- Katanya, dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin menekankan ‘kepentingan bagi melakukan penyelarasan di antara kedua-dua negara untuk menjelaskan keadaan yang berlaku’.
- Anggota polis terbabit menyeberang ke Israel sambil mengejar penyeludup dadah membawa kepada insiden berbalas tembakan dengan tentera Israel.
MESIR: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berikrar untuk meningkatkan kerjasama selepas seorang anggota polis Mesir menembak mati tiga askar Israel sebelum dia kemudiannya terbunuh.
Jurucakap Presiden Mesir berkata al-Sisi menerima panggilan telefon daripada Netanyahu mengenai insiden keganasan berdarah pada Sabtu lalu di sempadan yang biasanya tenang.
Katanya, dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin menekankan ‘kepentingan bagi melakukan penyelarasan di antara kedua-dua negara untuk menjelaskan keadaan yang berlaku’.
Anggota polis terbabit menyeberang ke Israel sambil mengejar penyeludup dadah yang membawa kepada insiden berbalas tembakan dengan tentera Israel.
Pada Sabtu lalu, Netanyahu menggelar penembak Mesir itu sebagai ‘pengganas’, walaupun sejak daripada itu, dia sering berkata bahawa kejadian tembakan itu sebagai satu ‘insiden’.
Menurut pejabat Perdana Menteri Israel, al-Sisi menyampaikan ucapan takziah kepada Netanyahu.
“Kedua-dua pemimpin menyuarakan komitmen untuk mengukuhkan lagi kerjasama keamanan dan keselamatan, yang juga nilai penting bagi kedua-dua negara,” katanya.
Sebahagian besar sempadan Israel dengan Mesir lengang sejak Mesir menjadi negara Arab pertama yang berdamai dengan Israel susulan perjanjian Kem David pada 1978.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku insiden berbalas tembakan di antara penyeludup dan tentera Israel yang ditempatkan di sepanjang sempadan.
Sumber: Berita Harian
You must be logged in to post a comment Login