Connect with us

Antarabangsa

Mengaku tersilap bunuh bayi Palestin, tentera rejim Israel tutup siasatan awal

Tentera Israel pada Rabu mengakui menembak dan membunuh bayi Palestin Mohammed al-Tamimi di Tebing Barat, satu pengakuan salah laku yang jarang berlaku.

Wartawan TMT

Published

on

Mengaku tersilap bunuh bayi Palestin, tentera rejim Israel tutup siasatan awal
Foto: Hussein al-Tamimi membawa mayat anak saudaranya Mohammed al-Tamimi sebaik tiba di Kompleks Perubatan Palestin, di bandar Ramallah Tebing Barat.
  • Tentera Israel pada Rabu lalu mengakui menembak dan membunuh bayi Palestin Mohammed al-Tamimi di Tebing Barat.
  • Selepas penyiasatan, tentera Israel berkata akan memberi amaran kepada pegawainya yang terbabit dalam pembunuhan itu.
  • Pihak tentera juga berkata mereka belum membuat keputusan sama ada siasatan jenayah akan diteruskan ke atas kes kematian bayi itu.
  • Kumpulan hak asasi manusia menyuarakan ketidakyakinannya terhadap siasatan tentera Israel dan hukuman dijalankan ke atas askar mereka yang membunuh.
  • Terdahulu, Mohammed yang berumur dua tahun dan bapanya, al-Tamimi, ditembak tentera Israel apabila kereta dinaiki mereka disangka sebagai militan yang melepaskan tembakan.

Tentera Israel pada Rabu mengakui menembak dan membunuh bayi Palestin Mohammed al-Tamimi di Tebing Barat, satu pengakuan salah laku yang jarang berlaku.

Selepas penyiasatan, tentera Israel berkata akan memberi amaran kepada pegawainya yang terbabit dalam pembunuhan itu.

Pihak tentera juga berkata mereka belum membuat keputusan sama ada siasatan jenayah akan diteruskan ke atas kes kematian bayi itu.

Kumpulan hak asasi manusia menyuarakan ketidakyakinannya terhadap siasatan tentera Israel dan hukuman dijalankan ke atas askar mereka yang membunuh.

Terdahulu, Mohammed yang berumur dua tahun dan bapanya, al-Tamimi, ditembak tentera Israel apabila kereta dinaiki mereka disangka sebagai militan yang melepaskan tembakan.

Al-Tamimi yang tertembak dan cedera di bahunya dirawat di hospital Palestin, manakala Mohammed meninggal dunia di sebuah hospital di Israel empat hari kemudiannya.

Masih terkejut dengan insiden itu, satu-satunya anak al-Tamimi yang tinggal, Osama, tujuh tahun, dikatakan kerap terjaga dari tidur akibat bermimpi pembunuhan ngeri adiknya setiap malam.

Advertisement

Mejar Jeneral Yehuda Fox, komander bertanggungjawab atas wilayah Tebing Barat berkata, “saya meluahkan rasa dukacita atas kemudaratan yang menimpa orang awam serta kematian kanak-kanak itu”.

Sumber: ABC News

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending