Connect with us

Terkini

Mana diskaun buat pengusaha Menu Rahmah dijanjikan PMX?

“Di mana insentif diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah seperti yang dijanjikan PMX?”

Hidayah Sani

Published

on

Mana diskaun buat pengusaha Menu Rahmah dijanjikan PMX?
Foto: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Demikian persoalan dibangkitkan Pengerusi Gerakan Pengundi Sedar, Hazry Saimin susulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub dikatakan menafi khabar angin kenaikan harga beras.
  • Menurut Hazry, antara berita dilaporkan media tempatan adalah keluhan peniaga yang masih belum mendapat bantuan diskaun untuk pembelian bahan mentah seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Bantuan itu pernah diumumkan Anwar dalam satu sidang media khas di Jabatan Perdana Menteri pada 18 April lalu bagaimanapun selepas dua bulan pengusaha dikatakan masih belum mendapat bantuan berkenaan.
  • “Saya berharap berita ini tidak benar kerana jika ia benar maka Anwar Ibrahim bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan pengusaha Menu Rahmah ini terjaga. 
  • “Jika benar harga beras akan naik, maka beban kepada peniaga akan bertambah dengan kos bahan mentah yang meningkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR“Di mana insentif diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah seperti yang dijanjikan PMX?”

Demikian persoalan dibangkitkan Pengerusi Gerakan Pengundi Sedar, Hazry Saimin susulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub dikatakan menafi khabar angin kenaikan harga beras.

Menurut Hazry, antara berita dilaporkan media tempatan adalah keluhan peniaga yang masih belum mendapat bantuan diskaun untuk pembelian bahan mentah seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, bantuan itu pernah diumumkan Anwar dalam satu sidang media khas di Jabatan Perdana Menteri pada 18 April lalu bagaimanapun selepas dua bulan pengusaha dikatakan masih belum mendapat bantuan berkenaan.

“Pengumuman itu sekaligus telah menafikan kenyataan Salahuddin ketika sidang Dewan Rakyat yang mengatakan kerajaan tidak akan memberikan sebarang insentif kepada pengusaha Menu Rahmah.

Foto : Poster FB Gerakan Pengundi Sedar.

“Saya berharap berita ini tidak benar kerana jika ia benar maka Anwar Ibrahim bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan pengusaha Menu Rahmah ini terjaga. 

“Jika benar harga beras akan naik, maka beban kepada peniaga akan bertambah dengan kos bahan mentah yang meningkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat lalu.

Terdahulu, tersebar khabar angin menyatakan akan berlaku kenaikan harga beras pada bulan depan kerana bekalan beras dijangka berkurang susulan fenomena El-Nino.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, khabar angin kenaikan harga beras itu bukanlah keputusan kerajaan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sebelum ini berkata pemberian diskaun bahan mentah untuk peniaga Menu Rahmah diumumkan Perdana Menteri Ibrahim pada April lalu belum dilaksanakan.

Ini kerana perkara itu masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Gerakan Pengundi Sedar

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending