Connect with us

Teknologi

Malaysia pertimbang majukan ekonomi penjagaan sebagai industri jana pendapatan

Sudah tiba masanya Malaysia melihat secara serius ekonomi penjagaan sebagai satu lagi industri penjana pendapatan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia pertimbang majukan ekonomi penjagaan sebagai industri jana pendapatan
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Sudah tiba masanya Malaysia melihat secara serius ekonomi penjagaan sebagai satu lagi industri penjana pendapatan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Beliau berkata bagi mewujudkan infrastruktur (bagi ekonomi penjagaan) kementeriannya telah memulakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • “Pakar diperlukan bagi membolehkan ekonomi penjagaan benar-benar berkembang.
  • “Kementerian juga perlu menjalin kerjasama dengan semua institusi lain yang menyediakan perkhidmatan sedemikian,” katanya kepada media pada Forum Ekonomi Penjagaan Asia Pasifik di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Sudah tiba masanya Malaysia melihat secara serius ekonomi penjagaan sebagai satu lagi industri penjana pendapatan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata bagi mewujudkan infrastruktur (bagi ekonomi penjagaan) kementeriannya telah memulakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Pakar diperlukan bagi membolehkan ekonomi penjagaan benar-benar berkembang.

“Kementerian juga perlu menjalin kerjasama dengan semua institusi lain yang menyediakan perkhidmatan sedemikian,” katanya kepada media pada Forum Ekonomi Penjagaan Asia Pasifik di sini hari ini.

Terdahulu Nancy dalam ucapan perasmian berkata kadar penyertaan buruh wanita Malaysia iaitu 55.6 peratus adalah antara yang terendah di ASEAN walaupun wanita merangkumi lebih 70 peratus pelajar di universiti.

Menurut Nancy pelaburan dalam bidang pendidikan dan usaha kerajaan dalam inisiatif penjagaan telah menawarkan peluang pekerjaan yang lebih besar kepada golongan wanita tetapi tidak meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh dengan banyak.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneroka cara baharu untuk menangani keperluan penjagaan yang wanita kebanyakannya terkesan apabila menjalankan tanggungjawab penjagaan dalam keluarga mereka untuk kekal dalam tenaga kerja.

Advertisement

“Apa yang kita mahu sekarang ialah bagi wanita yang menjadi penjaga boleh melihat diri mereka dari segi pekerjaan dan menjadi usahawan penjagaan supaya mereka boleh mengalami pembangunan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia Karima El Korri ketika bercakap kepada media berkata ekonomi penjagaan boleh menjadi peluang untuk pertumbuhan ekonomi negara.

“Peranan kerajaan adalah dalam dasar, menetapkan piawaian dan mengawal selia. Ia adalah bidang pelbagai disiplin yang melibatkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kementerian,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Advertisement

Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Advertisement

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending