Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah di Berlin benarkan guru Muslim memakai hijab di sekolah awam

Selepas 20 tahun menunggu keputusan, Mahkamah Jerman akhirnya mengeluarkan keputusan membenarkan guru Muslim wanita memakai tudung di sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah di Berlin benarkan guru Muslim memakai hijab di sekolah awam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selepas 20 tahun menunggu keputusan, Mahkamah di Jerman akhirnya mengeluarkan keputusan membenarkan guru Muslim wanita memakai tudung di sekolah awam.
  • Menurut laporan akhbar Sepanyol ‘IBC’, “berdasarkan permintaan daripada pelbagai organisasi sivil dikaitkan dengan imigresen, mahkamah di Berlin menarik balik larangan yang dikenakan ke atas pemakaian hijab orang Islam dengan menyatakan bahawa keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan diskriminasi”.

Selepas 20 tahun menunggu keputusan, Mahkamah Jerman akhirnya mengeluarkan keputusan membenarkan guru Muslim wanita memakai tudung di sekolah awam.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, ‘IBC’, “berdasarkan permintaan daripada pelbagai organisasi sivil yang dikaitkan dengan imigresen, mahkamah di Berlin menarik balik larangan dikenakan ke atas pemakaian hijab orang Islam dengan menyatakan keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan diskriminasi”.

Beberapa aktivis berkata mereka, “percaya keputusan ini boleh membawa kepada keputusan serupa di tujuh negeri Jerman lain di mana guru Muslim tidak dibenarkan memakai hjiab di sekolah awam”.

Akhbar Sepanyol itu juga menjelaskan, “keputusan mahkamah dibuat berikutan pengesahan bilangan besar pelajar Islam di institut di ibu kota” dengan menyatakan, “sesetengah institut ini mempunyai kira-kira 90 peratus pelajar Islam kerana imigrasi”.

Menurut akhbar itu, aktivis hak asasi manusia yang memenangi perjuangan menentang keputusan terbabit sebelum ini berhujah keputusan itu adalah anti-hijab dan menggalakkan diskriminasi anti-Muslim.

Sumber: Shia Waves

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending