Connect with us

Terkini

LZS perkasa kandungan digital sebar luas maklumat tepat kewajipan zakat

Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang melaksanakan usaha bagi memperkasa dan menambah baik kandungan dalam saluran media sosial dan laman sesawang mereka untuk menyebar luas informasi berkenaan zakat dan kewajipan melaksanakannya.

Wartawan TMT

Published

on

LZS perkasa kandungan digital sebar luas maklumat tepat kewajipan zakat
Foto: Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah LZS, Salehuddin Abu Samah.
  • Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang melaksanakan usaha bagi memperkasa dan menambah baik kandungan dalam saluran media sosial dan laman sesawang mereka untuk menyebar luas informasi berkenaan zakat dan kewajipan melaksanakannya.
  • Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah LZS Salehuddin Abu Samah berkata sejak awal tahun ini lembaga itu telah menubuhkan unit digital dakwah bagi memastikan setiap kandungan yang dikongsi di mana-mana platform kepada orang ramai adalah bersesuaian dan tepat mengikut kehendak syarak.
  • Program tiga hari bermula hari ini merupakan anjuran LZS dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  yang julung kali diadakan melibatkan lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

SHAH ALAM — Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang melaksanakan usaha bagi memperkasa dan menambah baik kandungan dalam saluran media sosial dan laman sesawang mereka untuk menyebar luas informasi berkenaan zakat dan kewajipan melaksanakannya.

Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah LZS Salehuddin Abu Samah berkata sejak awal tahun ini lembaga itu telah menubuhkan unit digital dakwah bagi memastikan setiap kandungan yang dikongsi di mana-mana platform kepada orang ramai adalah bersesuaian dan tepat mengikut kehendak syarak.

“Aplikasi media sosial seperti TikTok juga kini menjadi kesukaan anak muda dan kami melihat platform ini sesuai untuk menjadi tempat perkongsian ilmu berkenaan zakat,” katanya kepada media selepas perasmian program Muzakarah Zakat Nusantara 2023, semalam.

Program perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS Datuk Dr Abdul Rahman Abdullah.

Mengenai program Muzakarah Zakat Nusantara, Salehuddin berkata program tiga hari bermula hari ini merupakan anjuran LZS dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang julung kali diadakan melibatkan lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

“Muzakarah kali ini diadakan bagi menelusuri pelbagai kajian mengenai kepelbagaian fatwa ke atas zakat dan juga pendekatan dakwah yang mampu diaplikasikan di zaman moden ini,” katanya.

Dalam kenyataan, LZS memaklumkan muzakarah yang bertemakan “Ke Arah Pemerkasaan Fatwa dan Dakwah Zakat Abad Ke-21”, menghimpunkan perwakilan daripada pelbagai sektor khususnya yang bersangkutan dengan pengurusan zakat, sarjana Islam, ahli akademik terutama pakar dalam bidang zakat, para teknokrat dan korporat termasuk orang perseorangan.

Advertisement

Pelbagai kertas kerja dibentangkan bagi mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama berkenaan perkembangan fatwa-fatwa zakat, pendekatan dakwah zakat yang lebih realistik, di samping membincangkan isu-isu agenda perubahan dalam pemahaman zakat yang lebih baik bagi mendepani keperluan masa hadapan ummah yang semakin kompleks. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending