Connect with us

Terkini

Luaskan pengurangan cukai taksiran rumah mampu milik ke seluruh negara

Pengurangan cukai taksiran untuk pemilik rumah mampu milik harus diperluaskan ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, tetapi secara berperingkat.

Wartawan TMT

Published

on

Luaskan pengurangan cukai taksiran rumah mampu milik ke seluruh negara
Foto: Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George.
  • Pengurangan cukai taksiran untuk pemilik rumah mampu milik harus diperluaskan ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, tetapi secara berperingkat.
  • Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, pengurangan cukai tersebut boleh membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mengurangkan bebanan dan dalam waktu sama menambah wang tunai boleh guna.
  • “Tetapi sebelum dilaksanakan, pihak tertentu perlu mengadakan perbincangan bersama kerajaan setiap negeri supaya apa yang dilakukan dapat berjalan seperti yang dirancang, kerajaan tidak terbeban dengan pengurangan hasil dan rakyat dapat menikmati pengurangan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
  • Media melaporkan, seramai 25,677 pemilik rumah mampu milik di ibu negara akan menikmati pengurangan cukai sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua iaitu Julai sehingga Disember tahun ini.
  • Inisiatif diumumkan Perdana Menteri itu adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan.

PETALING JAYA: Pengurangan cukai taksiran untuk pemilik rumah mampu milik harus diperluaskan ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, tetapi secara berperingkat.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, pengurangan cukai tersebut boleh membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana mengurangkan bebanan dan dalam waktu yang sama menambah wang tunai boleh guna.

“Tetapi sebelum dilaksanakan, pihak tertentu perlu mengadakan perbincangan bersama kerajaan setiap negeri supaya apa yang dilakukan dapat berjalan seperti yang dirancang, kerajaan tidak terbeban dengan pengurangan hasil dan rakyat dapat menikmati pengurangan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, seramai 25,677 pemilik rumah mampu milik di ibu negara akan menikmati pengurangan cukai sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua iaitu Julai sehingga Disember tahun ini.

Inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap projek atau inisiatif yang dirancang untuk memudahkan rakyat perlu melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

“Ini kerana, setiap projek yang dijalankan bukan hanya berlandaskan politik dan mengambil jiwa rakyat, tetapi benar-benar ke arah membantu rakyat mengurangkan beban mereka,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending