Connect with us

Antarabangsa

Lelaki transgender ugut korek biji mata, bunuh wartawan dan aktivis hak wanita

Seorang lelaki transgender, Layla Le Fey, bertindak mengganggu beberapa aktivis hak wanita melalui beberapa akaun Twitter dengan ugutan bunuh melampau.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Layla Le Fey (kiri) dan tangkap layar ciapan akaun Twitternya.
  • Seorang lelaki transgender, Layla Le Fey bertindak mengganggu beberapa aktivis hak wanita melalui beberapa akaun Twitter dengan ugutan bunuh melampau.
  • Ugutan bunuh Le Fey ke atas seorang aktivis hak wanita bernama Keen itu, termasuk membakar aktivis wanita itu di dalam rumahnya.
  • Ugutan itu bermula dengan hantaran Le Fey pada Mac 2023 menyatakan hasratnya menendang, mengeluarkan biji mata dan mematahkan tulang belakang aktivis wanita itu.
  • Selain Keen, Le Fey turut mengancam bunuh Helen Joyce yang merupakan seorang wartawan dan penulis buku bertajuk, ‘trans: when ideology meets reality.’
  • Lelaki transgender itu disabitkan dengan lebih 50 kesalahan termasuk beberapa kesalahan penggunaan senjata di khalayak ramai.

Seorang lelaki transgender, Layla Le Fey, bertindak mengganggu beberapa aktivis hak wanita melalui beberapa akaun Twitter dengan ugutan bunuh melampau.

Memetik laporan Reduxx, ugutan bunuh Le Fey ke atas seorang aktivis hak wanita bernama Keen itu, termasuk membakar aktivis wanita itu di dalam rumahnya.

Ugutan Le Fey bermula dengan hantaran pada Mac 2023 menyatakan hasratnya menendang, mengeluarkan biji mata dan mematahkan tulang belakang aktivis wanita itu.

Semua itu disebut dalam usahanya membuktikan penyataan Keen yang mendakwa “beberapa individu trans bersikap ganas ekstrim”.

Le Fey juga berkata dia akan terhibur melihat Keen dibunuh seorang gila pembenci wanita (psikopat misoginis) atau dia sendiri akan membunuh wanita itu.

Ugutan Le Fey itu juga dikatakan berpunca daripada penentangan pihak pejuang hak wanita terhadap ideologi jantina songsang.

Foto: Tangkap layar ciapan berbaur ugutan di Twitter @Laylalefey1.

Selain Keen, Le Fey turut mengancam bunuh Helen Joyce yang merupakan seorang wartawan dan penulis buku bertajuk, ‘trans: when ideology meets reality.’

Pada 20 Mac lalu, Le Fey turut mengancam akan mengeluarkan bola mata, memotong tangan dan menoreh wajah Helen Joyce.

Foto: Tangkap Layar ciapan berbaur ugutan akaun Twitter @Laylalefey1.

Dengan sejarah rekod jenayah yang panjang, Le Fey disabitkan lebih daripada 50 kesalahan, termasuk beberapa kesalahan penggunaan senjata di khalayak ramai.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending