Antarabangsa
Lelaki transgender bakar kemaluan sendiri
Seorang lelaki transgender di Australia membakar zakar sendiri dengan sengaja dalam percubaan terdesak untuk membuang organ tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

- Seorang lelaki transgender di Australia sengaja bakar zakar sendiri dalam percubaan terdesak untuk membuang organ tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
- Lelaki berusia 57 tahun itu dilahirkan lelaki tetapi berasa dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah.
- Dia cuba membuang organ tersebut dengan menggunakan bahan kimia, namun mendapatkan bantuan perubatan tujuh hari kemudian kerana melecur teruk.
- Pembedahan membuang zakar di Australia tidak dilindungi insurans kesihatan awam sebaliknya, mereka yang mahu berbuat demikian perlu menjalani pembedahan jantina di hospital swasta melibatkan kos mahal.
SYDNEY, Australia – Seorang lelaki transgender di Australia membakar zakar sendiri dengan sengaja dalam percubaan terdesak untuk membuang organ tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Lelaki berusia 57 tahun itu dilahirkan lelaki tetapi berasa dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah.
Dia cuba membuang organ tersebut dengan menggunakan bahan kimia, namun mendapatkan bantuan perubatan tujuh hari kemudian kerana melecur teruk.
Beberapa doktor berkongsi kisahnya dalam jurnal perubatan.
Pembedahan membuang zakar di Australia tidak dilindungi oleh insurans kesihatan awam. Sebaliknya, mereka yang mahu berbuat demikian perlu menjalani pembedahan jantina di hospital swasta melibatkan kos mahal.
Artikel dalam jurnal Urology Case Reports menyatakan bahawa pakar-pakar perubatan berkata, pesakit itu dipindahkan ke Hospital Diraja North Shore di St Leonards, Sydney untuk semakan urologi dan rawatan melecur.
Namun, tarikh kejadian itu tidak didedahkan.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas