Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Muslim maut diserang pelampau Hindutva di Nashik

Seorang lelaki Muslim maut dan seorang rakannya cedera di Nashik, India, selepas diserang kumpulan pelampau Hindutva.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Muslim maut diserang pelampau Hindutva di Nashik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki Muslim maut dan seorang rakannya cedera di Nashik, India, selepas diserang kumpulan pelampau Hindutva.
  • Mangsa jenayah kebencian itu dikenal pasti sebagai Lukman Suleman Ansari, 20, dari Padgha, Bhiwandi.
  • Insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu ketika Lukman dan dua rakannya, Aqueel Gavandi dan Pappu Paddi sedang mengangkut lembu di dalam kenderaan.
  • Mereka dipintas 10 hingga 15 pelampau Hindutva di kawasan Igatpuri Nashik sebelum dipukul pihak terbabit.

Seorang lelaki Muslim maut dan seorang rakannya cedera di Nashik, India, selepas diserang kumpulan pelampau Hindutva.

Menurut laporan Maktoob, mangsa jenayah kebencian itu dikenal pasti sebagai Lukman Suleman Ansari, 20, dari Padgha, Bhiwandi.

Polis berkata penyerang dikaitkan dengan kumpulan pelampau Rashtriya Bajrang Dal (RBD), yang diasaskan Praveen Togadia, seorang pemimpin militan Hindutva.

Susulan itu, enam suspek ditahan dalam kes tersebut.

Mereka ditahan dikenali sebagai Pradip Aadole, 34, Bhaskar Bhagat, 28, Vijay Bhagade, 26, Chetan Sonawane, 26, Rupesh Joshi, 39, dan Shekhar Ramchandra Gaikwad, 22.

Insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu ketika Lukman dan dua rakannya, Aqueel Gavandi dan Pappu Paddi sedang mengangkut lembu di dalam kenderaan.

Namun, mereka dipintas 10 hingga 15 pelampau Hindutva di kawasan Igatpuri Nashik, menurut agensi berita PTI.

Lukman, walaupun cedera dikatakan berjaya melarikan diri daripada penyerangnya, namun ditemui mati dua hari kemudian di dalam parit sedalam 150 meter.

Laporan bedah siasat menunjukkan Lukman meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya di kepala dan bahagian lain di badan.

Dalam pada itu, Pappu, seorang lagi pemuda, diserahkan kepada polis dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Sumber: Maktoob

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending