Connect with us

Antarabangsa

Lebih 100 kanak-kanak berhimpit dalam bot sebelum karam di Greece

Beberapa mangsa terselamat dalam nahas sebuah bot membawa migran yang karam di selatan Greece memaklumkan bahawa kira-kira 100 kanak-kanak berada di atas bot itu ketika kejadian.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 100 kanak-kanak berhimpit dalam bot sebelum karam di Greece
Foto: Imej dari udara diambil dari helikopter penyelamat memaparkan keadaan di atas bot nelayan itu sebelum karam di perairan luar pantai Peloponnese di Greece.
  • Beberapa mangsa terselamat dalam nahas sebuah bot membawa migran yang karam di selatan Greece memaklumkan bahawa kira-kira 100 kanak-kanak berada di atas bot itu ketika kejadian.
  • Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, sekurang-kurangnya 79 migran maut dalam salah satu bencana melibatkan pendatang asing terburuk di benua Eropah itu.
  • Lebih ramai mangsa didakwa masih hilang di laut dengan laporan menunjukkan bahawa sehingga 750 orang menaiki kapal itu ketika kejadian.
  • Pengawal Pantai Greece dikritik kerana tidak campur tangan lebih awal tetapi pihak berkuasa memaklumkan tawaran bantuan mereka telah ditolak.

KALAMATA, Greece – Beberapa mangsa terselamat dalam nahas sebuah bot membawa migran yang karam di selatan Greece memaklumkan bahawa kira-kira 100 kanak-kanak berada di atas bot itu ketika kejadian.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, sekurang-kurangnya 79 migran maut dalam salah satu bencana melibatkan pendatang asing terburuk di benua Eropah itu.

Namun, lebih ramai mangsa didakwa masih hilang di laut dengan laporan menunjukkan bahawa sehingga 750 orang menaiki kapal itu ketika kejadian.

Saluran televisyen Greek Tv melaporkan, sembilan orang termasuk beberapa warga Mesir ditangkap kerana disyaki memperdagangkan manusia.

Pengawal Pantai Greece dikritik kerana tidak campur tangan lebih awal tetapi pihak berkuasa memaklumkan tawaran bantuan mereka telah ditolak.

Pasukan penyelamat masih menjalankan misi pencarian di sekitar lokasi kejadian selepas bot itu terbalik hampir 50 batu nautika dari pantai barat daya Greece walaupun harapan untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat semakin pudar.

Bot itu dikatakan berlepas tanpa penumpang dari Mesir dan berhenti di pelabuhan Tobruk di Libya, di mana ia memuatkan pendatang asing sebelum menuju ke Itali, lapor media Greece.

Gambar kejadian menunjukkan dek bot nelayan itu dipenuhi orang ramai yang duduk dalam keadaan berhimpit.

Jumlah anggaran penumpang wanita dan kanak-kanak itu pula didedahkan oleh beberapa doktor yang merawat kebanyakan mangsa terselamat.

Seorang doktor kanan di Hospital Besar Kalamata, Dr. Manolis Makaris memberitahu BBC bahawa seramai 100 kanak-kanak berada di dalam kapal itu.

“Mangsa yang terselamat memberitahu kami bahawa terdapat kanak-kanak di bahagian bawah bot, kanak-kanak dan wanita.

“Seorang memberitahu saya terdapat kira-kira 100 kanak-kanak, manakala yang lain menyebut jumlahnya sekitar 50 orang. Justeru, saya tidak tahu kebenarannya tetapi amat ramai,,” katanya.

Makaris percaya seramai 600 orang terkorban dalam nahas itu.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending