Connect with us

Terkini

Lapan kertas siasatan dibuka terhadap pegawai polis wanita – Menteri KDN

Pegawai polis wanita yang beberapa klip videonya tular baru-baru ini kerana memarahi anggota bawahan dan orang ramai telah ditahan kerja sejak minggu lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Wartawan TMT

Published

on

Lapan kertas siasatan dibuka terhadap pegawai polis wanita – Menteri KDN
Foto: Tangkap layar klip video yang tular baru-baru ini Pegawai polis wanita kerana memarahi anggota bawahan dan orang ramai.
  • Pegawai polis wanita yang beberapa klip videonya tular baru-baru ini kerana memarahi anggota bawahan dan orang ramai telah ditahan kerja sejak minggu lepas, kata  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menurut Saifuddin, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berkaitan tingkah laku pegawai polis wanita berkenaan.
  • Dua kertas siasatan polis juga dibuka (masing-masing) di bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam).
  • Pada 15 Jun lepas, tular satu klip video yang memaparkan seorang pegawai polis wanita yang memarahi anggota polis sehingga menimbulkan pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.

KUALA LUMPUR — Pegawai polis wanita yang beberapa klip videonya tular baru-baru ini kerana memarahi anggota bawahan dan orang ramai telah ditahan kerja sejak minggu lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berkaitan tingkah laku pegawai polis wanita berkenaan.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah dan mekanisme yang jelas untuk menghadapi perilaku sedemikian yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat dan memberi sedikit sebanyak persepsi tidak sepatutnya terhadap PDRM.

“Selain itu, dua kertas siasatan polis juga dibuka (masing-masing) di bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam),” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan antaranya melibatkan kes video yang tular di Taman Sri Gombak, kes berkaitan memarahi dan mengaibkan empat anggota polis di Taman Sri Gombak dan kes bertengkar dengan orang awam di kawasan parkir.

Menurutnya rakaman percakapan terhadap suspek juga telah dilakukan pada Ahad lepas dan kedua-dua kes ini telah dirujuk Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Isnin lepas.

Pada 15 Jun lepas, tular satu klip video yang memaparkan seorang pegawai polis wanita yang memarahi anggota polis sehingga menimbulkan pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.

Selain itu, terdapat satu lagi klip video yang tular membabitkan pegawai wanita berkenaan yang bertengkar dengan orang awam sambil mengeluarkan kata-kata tidak sopan selain cuba mencetuskan provokasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields pada Sabtu.

Menurut Seksyen 78(1) mengenai tahan kerja di bawah Akta Polis 1967:”Jika difikirkan perlu untuk kepentingan awam supaya seseorang pegawai polis berhenti menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi jawatannya dengan serta-merta.

Pihak Berkuasa Disiplin boleh menahan kerja pegawai polis itu, sementara menanti apa-apa penyiasatan mengenai kelakuan pegawai polis itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan polis yang dibuat di bawahnya atau mana-mana peraturan atau perintah yang terpakai kepada pegawai-pegawai lain yang mempunyai taraf yang sama di dalam perkhidmatan awam.”

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata terdapat seramai 40,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan turut melibatkan penugasan anggota dari negeri yang tidak menghadapi pilihan raya itu.

Ini bertujuan bagi memastikan keadaan keselamatan dalam negara terjamin terutama di negeri-negeri yang akan menghadapi PRN berkenaan iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu selain membolehkan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa takut. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending