Connect with us

Terkini

Kuasa, hak keistimewaan ‘Inspektor Sheila Sharon’ digantung – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita Inspektor Percubaan Sheila Sharon A/P Steven Kumar.

Wartawan TMT

Published

on

Kuasa, hak keistimewaan 'Inspektor Sheila Sharon' digantung - PDRM
Foto: Pegawai polis wanita Inspektor Percubaan, Sheila Sharon A/P Steven Kumar (kanan).
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita Inspektor Percubaan Sheila Sharon A/P Steven Kumar.
  • Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah pun disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.
  • “Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),” katanya kepada media hari ini.
  • Pagi tadi Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
  • Dia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan sejurus kertas pertuduhan dikemukakan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita Inspektor Percubaan Sheila Sharon A/P Steven Kumar.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah pun disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.

“Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, pagi tadi Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan sejurus kertas pertuduhan dikemukakan.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan,” katanya selepas tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.

Sheila didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni pula, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini masing-masing pada jam 12 tengahari dan 1 petang pada 15 Jun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh, manakala Anis Farhah Ahmad Hilmi pula menawarkan jaminan sebanyak RM3,000.

Guan Hock kemudian membenarkan Sheila dijamin sebanyak RM3000 dengan seorang penjamin manakala Nor Hafizah mengenakan jaminan sebanyak RM2,000.

Sementara itu peguam bela M Manoharan dalam rayuan pembelaan bagi diringankan wang ikat jamin, memohon supaya anak guamnya diberikan wang ikat jamin yang rendah atau dilepaskan dengan bon tanpa jaminan.

Manoharan berkata, anak guamnya yang mempunyai ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik daripada Universiti Malaya, sudah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2016.

Peguam itu berkata, bapa tertuduh juga sudah berkhidmat selama 39 tahun PDRM dengan pangkat terakhir sebagai asisten superintendan dan adik tertuduh juga berkhidmat dalam PDRM.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending