Connect with us

Antarabangsa

Konspirasi guru-guru rahsiakan pelajar transgender ubah jantina daripada ibu bapa

Sekumpulan guru-guru dari kawasan barat tengah (midwestern) Amerika dikesan berkongsi tips dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina melalui satu perbincangan atas talian.

Wartawan TMT

Published

on

Konspirasi guru-guru rahsiakan pelajar transgender ubah jantina daripada ibu bapa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan guru-guru dari kawasan barat tengah (midwestern) Amerika dikesan berkongsi tips dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina melalui satu perbincangan atas talian.
  • Selain perbincangan dan pertukaran tips supaya konspirasi songsang itu tidak diketahui ibu bapa, mereka juga mengkritik undang-undang baru Republikan berkenaan seks dan identiti.
  • Pendedahan itu dibuat DailyMail yang memperoleh akses sesi perbincangan atas talian itu yang dianjurkan Midwest and Plains Equity Assistance Center (MAP).
  • Dilaporkan 30 guru-guru sekitar Michigan, Iowa, Ohio, Illinois dan kawasan lain di barat tengah Amerika mengikuti perjumpaan MAP itu yang dibiayai Jabatan Pendidikan AS.

Sekumpulan guru-guru dari kawasan barat tengah (midwestern) Amerika dikesan berkongsi tips dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina melalui satu perbincangan atas talian.

Selain perbincangan dan pertukaran tips supaya konspirasi songsang itu tidak diketahui ibu bapa, mereka juga mengkritik undang-undang baru Republikan berkenaan seks dan identiti.

Pendedahan itu dibuat DailyMail yang memperoleh akses sesi perbincangan atas talian itu yang dianjurkan Midwest and Plains Equity Assistance Center (MAP).

Dilaporkan 30 guru-guru sekitar Michigan, Iowa, Ohio, Illinois dan kawasan lain di barat tengah Amerika mengikuti perjumpaan MAP itu yang dibiayai Jabatan Pendidikan AS.

Dalam bengkel empat jam itu, mereka antara lain membincangkan bantuan yang boleh diberi kepada pelajar trans yang berdepan perundangan negeri di bawah kendalian Republikan berkaitan isu jantina, kata ganti nama, nama, hak ibu bapa, akses bilik mandi dan kumpulan sukan.

Ada dari kalangan guru itu memilih untuk mematuhi undang-undang negeri, manakala ada juga yang mengutamakan agenda dan pendapat peribadi.

Foto: Tangkap layar perbincangan atas talian sekumpulan guru berkongsi tip dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina.

“Kami sedang mengusahakan agar tampakan sistem penyimpanan rekod tidak diperlihatkan  kepada ibu-bapa.. bila ada nama di dalamnya yang perlu disembunyikan,” kata Kimberly Martin.

Kimberly Martin merupakan koordinator DEI (Divesity, Equity, and Inclusion) Royal Oak Schools yang menyebut tentang usaha membantu pelajar trans mengubah jantina secara rahsia.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending