Connect with us

Terkini

KJ sedia timbang tubuh parti sendiri

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan tidak akan menyertai mana-mana parti politik sedia ada, sebaliknya menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Wartawan TMT

Published

on

KJ sedia timbang tubuh parti sendiri
Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan tidak akan menyertai mana-mana parti politik sedia ada, sebaliknya menubuhkan sebuah parti politik baharu.
  • Menerusi siaran podcast `Keluar Sekejap’, Khairy atau KJ berkata, sekiranya menyertai parti politik lain, beliau mungkin terpaksa menyesuaikan diri untuk mengikuti ‘adat resam’ parti itu.
  • Namun sekiranya menubuhkan parti baharu, beliau berkata, ia akan diadakan mengikut terma dan syaratnya sendiri.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan tidak akan menyertai mana-mana parti politik sedia ada, sebaliknya menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Menerusi siaran podcast `Keluar Sekejap’, Khairy atau KJ berkata, sekiranya menyertai parti politik lain, beliau mungkin terpaksa menyesuaikan diri untuk mengikuti ‘adat resam’ parti itu.

Namun sekiranya menubuhkan parti baharu, beliau berkata, ia akan diadakan mengikut terma dan syaratnya sendiri.

“Sejak beberapa minggu ini, saya sedang melihat pilihan itu. Mungkin beberapa bulan sebelum ini saya agak berat (menubuhkan parti baharu) kerana saya nampak pasaran politik ketika ini agak tepu.

“Tetapi saya melihat sekiranya kita dapat permulaan dalam parti politik, kenapa tidak dengan terma sendiri. Sebab bila kita masuk mana-mana rumah (parti politik), kita kena sesuaikan diri dengan adat resam rumah itu.

“Mungkin parti itu tidak 100 peratus seperti yang kita mahu, seperti dalam UMNO dahulu. Walaupun saya tidak kesal memilih UMNO tetapi kita juga terpaksa menyesuaikan diri dalam UMNO.

“Jadi apabila kita dapat peluang kedua (dipecat), dan bukan semua dapat peluang kedua itu, mungkin kita boleh lakukan dengan terma kita sendiri,” katanya yang menjawab pertanyaan pendengar podcast, bersama bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Advertisement

Mengulas lanjut, Khairy juga tidak menafikan, parti yang ditubuhkannya berkemungkinan akan menemui kegagalan dalam persaingan pilihan raya, seperti berlaku terhadap Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Bagaimanapun, beliau kekal optimis dengan langkah itu, malah memetik langkah sedemikian pernah dilakukan bekas Presiden Pakistan, Imran Khan.

“Jika kita tubuhkan parti baharu, kita mungkin menjadi seperti PEJUANG. Maaf untuk katakan (parti itu) hilang deposit, orang gelakkan namun kepuasan itu lebih, sebab dibuat secara ‘on our own terms’. Baik untuk kesihatan mental anda juga.

“Imran boleh melakukannya kerana apabila dia bermula, dia mengalami kekalahan demi kekalahan. Sekarang pun dia kalah tetapi beliau menang sebelum kembali kalah.

“Jadi apabila kita bermula dengan parti sendiri, sudah tentu kita kena bersedia untuk tidak menang dalam beberapa pilihan raya. Mungkin satu hari nanti, siapa yang tahu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending