Antarabangsa
Ketidaksamaan gender tidak bertambah baik sepanjang sedekad
Ketidaksamaan gender kekal tidak berubah selama sedekad, berikutan budaya berat sebelah dan tekanan terus menghalang pemerkasaan wanita berlaku.

- Ketidaksamaan gender kekal tidak berubah selama sedekad, berikutan budaya berat sebelah dan tekanan terus menghalang pemerkasaan wanita berlaku.
- Menurut penyelidikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perkara itu menyebabkan dunia tidak mungkin memenuhi matlamat PBB untuk kesetaraan gender menjelang 2030.
- Walaupun terdapat lonjakan dalam kumpulan hak asasi wanita dan gerakan sosial seperti Time’s Up dan MeToo di Amerika Syarikat, norma sosial yang berat sebelah dan krisis pembangunan manusia yang dipertingkatkan oleh COVID-19, ramai wanita kehilangan pendapatan sekali gus menghalang kemajuan dalam ketidaksamaan.
- Dalam laporan terbarunya, Program Pembangunan PBB (UNDP) menjejaki isu itu melalui Indeks Norma Sosial Gendernya, yang menggunakan data daripada program penyelidikan antarabangsa Kajian Nilai Dunia (WVS).
NEW YORK: Ketidaksamaan gender kekal tidak berubah selama sedekad, berikutan budaya berat sebelah dan tekanan terus menghalang pemerkasaan wanita berlaku.
Menurut penyelidikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perkara itu menyebabkan dunia tidak mungkin memenuhi matlamat PBB untuk kesetaraan gender menjelang 2030.
Walaupun terdapat lonjakan dalam kumpulan hak asasi wanita dan gerakan sosial seperti Time’s Up dan MeToo di Amerika Syarikat, norma sosial yang berat sebelah dan krisis pembangunan manusia yang dipertingkatkan oleh COVID-19, ramai wanita kehilangan pendapatan sekali gus menghalang kemajuan dalam ketidaksamaan.
Dalam laporan terbarunya, Program Pembangunan PBB (UNDP) menjejaki isu itu melalui Indeks Norma Sosial Gendernya, yang menggunakan data daripada program penyelidikan antarabangsa Kajian Nilai Dunia (WVS).
Tinjauan itu diambil daripada set data yang merangkumi tahun 2010-2014 dan 2017–2022 daripada negara dan wilayah yang meliputi 85 peratus daripada populasi global.
Analisis terkini menunjukkan hampir sembilan daripada 10 lelaki dan wanita mempunyai asas berat sebelah terhadap wanita dan bahagian orang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu berat sebelah hampir tidak berubah sepanjang dekad.
Di 38 negara yang dikaji, bahagian orang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu berat sebelah menurun kepada hanya 84.6 peratus daripada 86.9 peratus.
Penasihat penyelidikan dan perkongsian strategik di UNDP dan pengarang bersama laporan itu, Heriberto Tapia, berkata tahap peningkatan dari semasa ke semasa begitu mengecewakan.
Tinjauan itu juga menyatakan bahawa hampir separuh daripada penduduk dunia berpendapat lelaki menjadi pemimpin politik yang lebih baik, manakala 43 peratus berpendapat lelaki adalah eksekutif perniagaan yang baik.
“Kita perlu mengubah isu berat sebelah gender, norma sosial dengan matlamat utama adalah untuk mengubah hubungan kuasa antara wanita dan lelaki, antara manusia,” menurut lakar gender dalam ekonomi inklusif di UNDP, Aroa Santiago.
Walaupun pendidikan sentiasa dipuji sebagai kunci untuk meningkatkan hasil ekonomi untuk wanita, tinjauan itu mendedahkan hubungan terputus antara jurang pendidikan dan pendapatan dengan purata jurang pendapatan pada 39 peratus walaupun di 57 negara di mana wanita dewasa lebih berpendidikan berbanding lelaki.
Lebih banyak bahaya kepada kesejahteraan wanita boleh dilihat dalam pandangan mengenai keganasan, dengan lebih satu daripada setiap empat orang percaya adalah wajar bagi seorang lelaki untuk memukul isterinya, menurut UNDP. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas