Connect with us

Terkini

Ketegangan di Russia: Kerajaan sedia bawa pulang 755 rakyat Malaysia – TPM

Kerajaan sedia membawa pulang seramai 755 rakyat Malaysia yang berada di Russia sekiranya keselamatan mereka terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Ketegangan di Russia: Kerajaan sedia bawa pulang 755 rakyat Malaysia - TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (kiri), dan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23.
  • Kerajaan sedia bawa pulang seramai 755 rakyat Malaysia yang berada di Russia sekiranya keselamatan mereka terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Beliau berkata ketika ini kerajaan memantau rapi perkembangan ketegangan yang berlaku di negara itu terutamanya di Moscow.
  • “Namun pada masa sama, kerajaan melalui Wisma Putra sudah atur usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana sekiranya perlu pada bila-bila masa,” katanya.
  • Media sebelum ini melaporkan Russia mengisytiharkan operasi memerangi pengganas di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu dengan ketegangan semakin memuncak selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Russia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Russia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia membawa pulang seramai 755 rakyat Malaysia yang berada di Russia sekiranya keselamatan mereka terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini kerajaan memantau rapi perkembangan ketegangan yang berlaku di negara itu terutamanya di Moscow.

“Namun pada masa sama, kerajaan melalui Wisma Putra sudah atur usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana sekiranya perlu pada bila-bila masa.

“Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ada memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya sendiri, jadi kita pantau dahulu situasi di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Presiden FBINAA Antarabangsa Tim Braniff; Penolong Pengarah Divisyen Operasi Antarabangsa FBI Raymond P Duda; Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian D McFeeters dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor.

Media sebelum ini melaporkan Russia mengisytiharkan operasi memerangi pengganas di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu dengan ketegangan semakin memuncak selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Russia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Russia.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending